NAIB PRESIDEN WADAH TAMPIL ULAS ISU KAWAL SELIA MEDIA SOSIAL DALAM DIALOG TIGA PENJURU

Kongsikan artikel ini :

14 Mac 2024 – “Cabaran teknologi digital ini adalah ia suatu teknologi yang sentiasa berkembang pesat. Akta, garis panduan atau undang-undang yang ingin diperkenalkan harus bersifat sesuatu yang boleh merentas masa, boleh meramal atau menjangka perubahan yang bakal berlaku serta tidak terlalu teknikal. Kita juga perlu kolaborasi yang baik antara platform-platform media sosial yang ada untuk sama-sama membantu bersama agensi-agensi kerajaan, badan penguatkuasaan dan undang-undang.

Platform media sosial yang bersifat merentas sempadan ini, ia bersifat antarabangsa, bukan hanya di Malaysia. Ia melibatkan budaya, geografi, kaum, agama dan sebagainya. Sesuatu yang mungkin sensitif di Malaysia, mungkin normal di negara lain. Maklumat yang belum tentu kesahihannya, sukar untuk kita menjejak sumber dan menyelidik maklumatnya. Antara cabaran lain, pengguna media sosial menganggap mereka punya hak kebebasan bersuara. Hakikatnya, kebebasan bersuara bukanlah sesuatu yang mutlak. Ia masih tertakluk kepada undang-undang, nilai dan moral sesuatu negara dan masyarakat, dan tidak sewenang-wenagnya menyakiti orang lain.”

Itu antara ulasan Prof Madya Dr. Nur Izura Udzir, Naib Presiden WADAH dalam rancangan “Dialog Tiga Penjuru: Kawal Selia Media Sosial: Teliti, Perkemas” di Astro Awani, malam tadi. Beliau merupakan Pakar Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM.

Turut sama sebagai panel ialah Pn. Mediha Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Communications & Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF or Content Forum) dan Dr. Bahsharudin Mohd Sharif, Ketua Biro Digital dan Teknologi Maklumat PIBG, SK Paya Rumput, Melaka. Sesi diperantarakan oleh sdr. Harits Asyraf sebagai pengacara.

Ikuti siaran penuh di Astro Awani. Semoga bermanfaat!

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
257
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
390756
Klik Sini