MENGUKUH WAHDATUL QALB: AMANAT PRESIDEN WADAH DI JOHOR
January 7th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
WADAH Johor Menganjurkan Program Menghadam Amanat Presiden
Johor Bahru, 5 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor berjaya menganjurkan program “Menghadam Amanat Presiden Peringkat Negeri Johor” yang berlangsung di Kompleks Pendidikan Al Hikmah, Johor Bahru. Program ini dihadiri oleh pelbagai lapisan ahli WADAH serta aktivis masyarakat yang komited terhadap perjuangan memartabatkan ummah.
Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan minum pagi. Pengisian utama program disampaikan oleh YBhg Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH, yang berkongsi amanat penting kepada ahli dan hadirin. Dalam ucapan beliau, Dato’ Ahmad Azam menekankan visi besar WADAH untuk mencapai Negara Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur dan menyeru ahli-ahli agar memperkukuh kekuatan dalaman untuk menghadapi ujian-ujian duniawi yang semakin mencabar.
Beliau juga mengumumkan rancangan menganjurkan Seminar Malaysia Madani yang melibatkan peringkat federal, sambil menekankan pentingnya asas yang kukuh dalam gerakan. “Asas WADAH kuat, ABIM kena kuat, ABIM kuat, KPIJ perlu kuat,” ujar beliau. Menyentuh konsep misi ummatik, beliau menyeru semua pihak agar bergerak sebagai satu jemaah yang bersatu hati, dengan menekankan kepentingan amal jamaie dan kepatuhan kepada keputusan Syura.
Antara perkara yang ditekankan dalam ucapan beliau termasuklah:
Usrah sebagai platform penting untuk mentadabbur Al-Quran, dengan penekanan kepada Wahdatul Qalb (kesatuan hati), Wahdatul Amal (kesatuan tindakan), dan Wahdatul Fikri (kesatuan pemikiran).
Kepentingan menghindari sifat ananiah (mementingkan diri sendiri) yang boleh merosakkan perpaduan.
Al-Quran sebagai mukjizat utama yang perlu dijadikan pedoman dalam setiap aspek kehidupan.
Sesi diskusi yang menyusul pada jam 10.30 pagi dipengerusikan oleh YBhg Haji Baharum Ahmad, Pengerusi WADAH Negeri Johor. Diskusi ini memberi ruang kepada para peserta untuk membincangkan serta memperhalusi amanat Presiden, seterusnya mencadangkan resolusi-resolusi bernas yang boleh dilaksanakan di peringkat negeri.
Program diakhiri dengan sesi penggubalan resolusi pada jam 12.00 tengah hari, diikuti dengan makan tengah hari dan solat Zuhur. Resolusi yang dirumuskan diharapkan menjadi panduan untuk memperkukuhkan gerakan WADAH di Johor dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara holistik.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan menunjukkan komitmen tinggi ahli-ahli WADAH Johor dalam melaksanakan agenda pencerahan masyarakat.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]