MENGANGKAT MARTABAT NAHDAH UMAT 2.0

Kongsikan artikel ini :

Prinsip-Prinsip Utama Mengangkat Martabat NAHDAH UMAT 2.0 berdasarkan Pemikiran Siddiq Fadhil – perwakilan SABAH

Dalam ucapan perbahasan daripada perwakilan Sabah, Hj Abdul Manap Mahmud, pengerusi WADAH Sabah memulakan dengan mengucapkan tahniah kepada WADAH pusat atas kejayaan menambaikkan isi kandungan muktamar kali ini.

Ucapan Dato presiden, telah memberi definasi baru WADAH ialah gerakan generasi pencetus kebangkitan Islam yang telah melalui simpang siur perjuangan. Memacu kebangkitan 2.0  dalam pembangunan bangsa dan negara mestilah bertunjangkan tanggungjawab mengangkat martabat kemuliaan insan sejagat. Karamah Insaniah – kemuliaan insan sejagat atau human dignity setiap warganya perlu dihormati, dibangun, dipelihara dan dipertahankan. Oleh sebab itu pembangunan negara dan bangsa harus berpaksi kepada keyakinan, nilai, akhlak dan tatakelola yang adil dan berkesan.

Beliau yakin gerakan kita harus memperkukuhkan philosophy framework bagi setiap cabaran disamping terus memupuk kesuburan idealism kita juga harus mengnali reality dan berani menanganinya. Gerakan Islam yang dewasa dan matang  tidak selamanya befungsi sebagai pressure group tapi berorientasikan problem solving.

Dalam menghadapai cabaran sekarang, kita perlu memiliki keupayaan untuk mengesan sesuatu yang baharu dan perubahan yang sedang berlaku. Zaman pasca-normal menggambarkan perubahan, kompleks, kontradik dan kecelaruan 2 Malaysia memerlukan naratif segar membangunkan karakter bangsa Malaysia melalui pendekatan inklusif kerangka besar kepelbagaian dalam bingkai kesatuan. Naratif meraikan kekuatan dan pengalaman.

Tugas kita sebagai pendakwah, menyampaikan apa yang benar dan baik buat umat dan masyarakat . Manhaj dakwah kita adalah dakwah para mursalin adalah mentawhidkan Allah dan membangunkan masyarakat. Kita kembalikan kekuatan kita dengan membina umat yang berkualiti serta mengangkat martabat umat. Semoga kita, ahli WADAH sekelian,  dapat membawa mesej ucapan dasar kali ini kepada seluruh ahli dan jentera gerakan kita agar kita kembalikan kegemilangan wadah gerakan kita di tanah air.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1534
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
379828
Klik Sini