MARI BERSAMA ISLAH NEGARA, JAYAKAN CITA-CITA MERDEKA

Kongsikan artikel ini :

Kesyukuran setingginya ke hadrat Allah SWT kerana negara kita dapat terus menyambut hari kemerdekaan ke 64 dalam keadaan aman, rukun dan damai. Kita hendaklah menginsafi akan kedapatan banyak lagi negara di dunia ini yang sedang bergelut dengan permasalahan penjajahan serta kesan-kesan peninggalannya hingga ke hari ini. Sesungguhnya, penjajahan ialah satu bahana kemanusiaan yang hakikatnya telah banyak meninggalkan mudarat kepada kehidupan. Oleh itu, kita hendaklah menolak sebarang bentuk penjajahan ke atas sesama  manusia kerana ia bertentangan dengan prinsip kemuliaan insan yang diajarkan oleh agama Islam. Dalam surah al-Isra’, ayat 70, Allah SWT berfirman“Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”

Bersempena sambutan kemerdekaan tahun 2021 ini, mari kita meningkatkan iltizam untuk bersama jayakan agenda Islah Negara sebagai landasan ke arah merealisasikan cita-cita merdeka. Perjuangan kemerdekaan oleh para ulama, pemimpin dan rakyat di negara kita adalah berasaskan cita-cita bagi membina sebuah negara yang bermaruah seterusnya mengangkat kedudukan ummah Malaysia menikmati kemakmuran, kebebasan dan keadilan bersama. Cita-cita kemerdekaan ini adalah inspirasi mulia yang dipandu oleh prinsip dan nilai kesejagatan hidup damai bersama sebagaimana terkandung dalam ajaran agama Islam yang menganjurkan pembinaan negara yang baik serta dirahmati Allah SWT berasasakan nilai berkeadilan dan berkebajikan. Dalam surah Al-Ma-idah, ayat 8, Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Sejajar dengan itu, marilah kita selaku rakyat Malaysia yang merdeka bersama-sama menjayakan cita-cita mulia kemerdekaan ini. Marilah juga kita beriltizam menjayakan Islah Negara iaitu melaksanakan pembaikan dan pembaharuan dalam tatakelola negara yang dipandu oleh prinsip keadilan dan ihsan sesama individu dan masyarakat. Kita mestilah sentiasa gigih berjuang mengukuhkan keutuhan rukun dan nilai luhur kenegaraan ini serta bersama-sama mengatasi sebarang bentuk rintangan yang menghalang perlaksanaannya dalam kehidupan ini.

Kita ingin mengajak seluruh rakyat untuk mengambil kesempatan dari nikmat kemerdekaan negara kita dengan berusaha meningkatkan keupayaan diri dari segenap segi kehidupan. Dalam masa yang sama, kita mesti sentiasa peka dengan perkembangan urustadbir negara dan bertanggungjawab menjadi benteng penghalang dari sebarang perbuatan dan tindakan yang berunsur penyelewengan dan penyalagunaan yang boleh melemahkan rukun-rukun kemakmuran dan kemajuan negara kita.

Sesungguhnya tugas menjayakan cita-cita kemerdekaan negara ini adalah tanggungjawab bersama kita seluruh rakyat. Mari kita syukuri anugerah kemerdekaan ini dengan menjadi rakyat yangs sentiasa bersedia menyumbang terhadap aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64.

Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman,
Presiden

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
297
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378594
Klik Sini