MANZUMAH MAQASID: PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Kongsikan artikel ini :

Kuliah Khas Manzumah Maqasid Bersama Ustaz Fauwaz Fadzil

Kajang, 5 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pertubuhan SALWA Malaysia telah berjaya menganjurkan Kuliah Khas bertajuk Manzumah Maqasid yang disampaikan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil. Kuliah ini berlangsung di Markaz Al-Qaradhagi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, dan dihadiri oleh 40 orang peserta.

Sesi kuliah tersebut merujuk kepada buku Manzumah Maqasid karya Sheikh Ali Al-Qarahdaghi. Ustaz Fauwaz memulakan sesi dengan menjelaskan maksud istilah penting dalam tajuk kuliah:

  1. Manzumah bermaksud sistematik, mengatur atau menyusun.
  2. Maqasid bermaksud objektif, matlamat, atau tujuan.
  3. Syariah bermaksud undang-undang.
    Kesimpulannya, Manzumah Maqasid merujuk kepada struktur tujuan syariah yang dirancang dengan teliti.

Menurut Ustaz Fauwaz, kuliah ini berorientasikan fiqh pemikiran, dengan tumpuan kepada buku-buku turath sebagai asas untuk memupuk inovasi minda. Beliau turut menekankan bahawa segala ilmu terbahagi kepada dua sayap utama:
(a) Ilmu agama; dan
(b) Ilmu kehidupan.

Dalam konteks Maqasid Syariah, terdapat dua dimensi utama:

  1. Tadayyun – Mengamalkan agama.
  2. Umran – Pembangunan dunia.

Ustaz Fauwaz juga menghuraikan enam kategori utama dalam Manzumah Maqasid:

  • Ad-Daruriyyat (Keperluan Asas): Meliputi lima elemen utama iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta.
  • Al-Hajiyyat (Keperluan Pelengkap): Perkara yang memudahkan kehidupan seperti kemudahan solat jamak dan qasar ketika bermusafir.
  • At-Tahainiyyat (Keperluan Penyempurna): Elemen yang memperindah dan menyempurnakan kehidupan, termasuk amalan berpakaian sopan dan menjaga kebersihan.
  • Al-Kulliyat (Tujuan Menyeluruh): Merangkumi aspek kehidupan manusia dengan menekankan prinsip keadilan sejagat, keseimbangan, dan kebijaksanaan.
  • Al-Juziyyat (Tujuan Terperinci): Contohnya larangan mencuri untuk melindungi harta dan hukum qisas untuk menjaga nyawa.
  • Al-Maqasid Ad-Dunyawiyyah wa Al-Ukhrawiyyah (Tujuan Dunia dan Akhirat): Mencari keseimbangan dalam ibadah untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Konteks Semasa Manzumah

Dalam kuliah tersebut, Ustaz Fauwaz turut mengaitkan konsep Maqasid Syariah dengan isu-isu semasa, termasuk perbezaan antara perang dan politik. Beliau menjelaskan bahawa perang berlaku dalam keadaan darurat, manakala politik adalah satu keperluan dalam sistem demokrasi moden. Oleh itu, sewajarnya kerajaan dan pembangkang dapat bekerjasama dalam membangunkan negara secara harmoni untuk saling melengkapi.

Beliau menegaskan, prinsip utama dalam Maqasid Syariah adalah memastikan kehidupan manusia dan semua makhluk Allah terpelihara dengan lebih baik. Maka, tidak boleh ada istilah “matlamat menghalalkan cara.” Semua tindakan harus berpandukan nilai-nilai keadilan, rahmat, dan keseimbangan sebagaimana digariskan dalam syariat.

Kuliah ini berjaya memberikan pencerahan kepada para peserta tentang pentingnya memahami dan mengaplikasikan prinsip Maqasid Syariah dalam konteks semasa, selaras dengan matlamat membina masyarakat yang harmoni, adil, dan sejahtera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4116
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
390204
Klik Sini