Masjid dalam tradisi Islam bukan sekadar ruang ritual, tetapi teras pembinaan ummah dan peradaban. Sejak Rasulullah SAW mendirikan Masjid Nabawi di Madinah, masjid berfungsi sebagai pusat ibadah, pendidikan, kebajikan sosial, penyelesaian konflik, pembangunan ekonomi, serta pengkaderan kepimpinan umat. Ia menjadi nadi kehidupan masyarakat Islam yang menyeluruh.
Dalam lanskap kontemporari dunia Islam, Masjid Jogokariyan, Yogyakarta, muncul sebagai manifestasi praktikal yang berjaya menghidupkan kembali roh dan fungsi Masjid Nabawi. Berteraskan tiga falsafah teras — Pemetaan (Mapping), Pelayanan (Service) dan Pemberdayaan (Empowerment) — Masjid Jogokariyan mengemukakan satu pendekatan yang dikenali sebagai Manifesto Masjid Nabi, sehingga melahirkan fenomena luar biasa: jamaah solat Subuh menyamai, malah ada kalanya melebihi, jamaah solat Jumaat.
Pemergian Ustaz Muhammad Jazir, pengasas dan pemikir utama falsafah ini, pada 22 Disember 2025, merupakan kehilangan besar kepada umat Islam Nusantara. Namun legasi beliau terus hidup sebagai bukti bahawa masjid yang ditadbir dengan visi kenabian mampu membangunkan umat secara menyeluruh dan lestari.
KEDUDUKAN MASJID DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Al-Qur’an meletakkan masjid sebagai institusi iman yang berkait rapat dengan tanggungjawab sosial:
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.”
(Surah al-Tawbah,9:18)
Ayat ini menjelaskan bahawa pemakmuran masjid bukan bersifat simbolik atau fizikal semata- mata, tetapi menuntut iman yang diterjemahkan dalam amal sosial dan pengabdian kepada masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik tempat di muka bumi ialah masjid-masjidnya.” (Riwayat Muslim)
Kebaikan masjid, menurut para ulama, terzahir apabila masjid menjadi tempat manusia dipulihkan martabatnya, dibangunkan potensinya dan dipimpin kehidupannya.

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]