Makan Malam MSEALP 2025 Bersama Menteri Besar Selangor
June 24th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Majlis Makan Malam Bersama Delegasi MSEALP 2025 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor
Shah Alam, 24 Jun 2025 – Suasana malam di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor diserikan dengan kehadiran delegasi antarabangsa sempena Majlis Makan Malam MADANI South East Asia Leadership Programme (MSEALP) 2025 yang dianjurkan oleh WADAH Malaysia. Delegasi tersebut terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan dan persatuan Islam dari lapan buah negara ASEAN, iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Singapura, Filipina, Thailand dan Timor-Leste.
Majlis bermula dengan ketibaan para tetamu jemputan sekitar jam 8.00 malam, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Tuan Haji Azizuddin Ahmad, Pengerusi MADANI South East Asia Leadership Programme (MSEALP).
Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, dalam ucapannya menegaskan bahawa Pengerusi ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 merupakan satu detik penting ke arah merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN. Beliau turut menekankan bahawa Selangor bukan sahaja memainkan peranan sebagai tuan rumah pada malam tersebut, malah merupakan rakan strategik jangka panjang dalam membina ASEAN yang kukuh dan berpandangan jauh.
“Selangor, sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara dan pusat perdagangan serta industri yang penting, turut memegang peranan strategik dalam usaha ini. Semoga pertemuan ini terus mengukuhkan hubungan merentas sempadan, kepercayaan, dan generasi,” ujar beliau.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan jamuan makan malam, diikuti dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar dan ramah mesra bersama para delegasi.
Program MSEALP 2025 yang berlangsung selama seminggu ini dianjurkan dengan matlamat memperkukuh jaringan kepimpinan Islam serantau yang berpaksikan nilai MADANI dan pendekatan keterangkuman, keadilan serta pembangunan bersama.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]