Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah” Meriah di Pulau Pinang
Pulau Pinang, 28 November 2025 – Dewan Bizmilla, Seberang Jaya, menjadi saksi kemeriahan Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah bertemakan “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah”. Acara ini dihadiri oleh 530 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, menandakan semangat ukhuwah dan komitmen yang kukuh dalam kalangan pendukung gerakan.
Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah ini dianjurkan khas untuk menghargai muktamirin dan muktamirat serta generasi awal perjuangan, di samping mengukuhkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.
Dalam ucapan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman, Presiden WADAH, beliau menzahirkan penghargaan kepada generasi 80-an, yang disifatkan sebagai generasi emas kerana komitmen dan istiqamah perjuangan mereka dalam membangunkan gerakan. Beliau turut menegaskan bahawa pengorbanan generasi awal tidak pernah sia-sia, malah menjadi asas lahirnya kepimpinan utama negara; Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.
Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman turut mengimbau kekuatan gerakan sejak 1978, yang berpaksikan kesatuan hati, pemikiran dan amal (wihdatul qalb, wihdatul fikr, wihdatul ‘amal). Beliau turut mengajak seluruh pendukung gerakan untuk membina Kebangkitan Islam 2.0 (Nahdah Ummah) melalui sinergi WADAH, ABIM dan PKPIM. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman menyeru agar memori perjuangan generasi terdahulu terus dihargai dan diwacanakan kerana memori perjuangan itu tersemat di dalam diri mereka. Beliau menutup ucapan beliau dengan ungkapan “Raikan generasi awal dengan sesungguhnya, kerana memori perjuangan itu ada dengan mereka”.
Makan Malam Telusuri Sejarah
Seterusnya, Majlis Jamuan Makan Malam ini menelusuri sejarah perjuangan gerakan melalui Forum Memoir Perjuangan yang disampaikan oleh Dr. Abdul Halim Muhammady dan YB Senator Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman. Majlis turut meraikan tokoh-tokoh perjuangan gerakan melalui sesi penyampaian Anugerah Tokoh Ummah, serta dimeriahkan dengan bacaan puisi “Simbahan Dakwah Maududi” oleh Ustaz Hasri Harun dan persembahan nasyid oleh kumpulan The Voice, menjadikan suasana lebih bermakna.
Acara makan malam ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keakraban, membolehkan muktamirin dan muktamirat saling berinteraksi dan berkongsi pengalaman perjuangan masing-masing. Ia bukan sahaja menjadi simbol penghargaan, tetapi juga satu titik pertemuan untuk memperkukuh visi dan misi gerakan di masa hadapan.
Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah kali ini diharap dapat terus membina jaringan ukhuwah yang lebih erat dan membugar semangat meneruskan perjuangan untuk kebaikan umat.
KENYATAAN MEDIA WADAH Isu-isu Agama Perlu Diserahkan Kepada Pihak Berautoriti, Elak Kekeliruan Awam Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyokong penuh kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menegaskan keperluan agar isu-isu berkaitan agama ditangani melalui saluran yang betul dan oleh pihak berautoriti yang sah. WADAH berpandangan bahawa dalam masyarakat majmuk seperti […]
Permukiman Kepimpinan NGO MADANI: Menggalas Amanah Islah dan Memperkukuh Ketahanan Tamadun KUALA LUMPUR, 1 Februari 2026 – Kesepaduan gerak kerja pimpinan pertubuhan masyarakat sivil (NGO) Islam di Malaysia mencapai satu lagi mercu tanda penting melalui penganjuran Permukiman Kepimpinan NGO MADANI Kebangsaan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 30 Januari sehingga 1 Februari […]
JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]
KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]