MAJLIS TAUTAN UKHWAH AIDILFITRI WAP 2025

Kongsikan artikel ini :

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Kukuhkan Silaturahim Antara WADAH, ABIM, PKPIM & Agensi

Kajang, 19 April 2025 – Dataran al-Hikmah, Seri Semi Sg Ramal menjadi saksi kepada kemeriahan dan kehangatan suasana sambutan Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 1446H yang menghimpunkan para pimpinan serta warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan pelbagai agensi rakan strategik.

Majlis yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang ini diadakan dengan tujuan mempererat hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama warga gerakan serta memperkukuh jaringan kerjasama selepas berlalunya Ramadan yang penuh barakah.

Majlis dimulakan dengan kehadiran para tetamu dan jamuan ringan, diikuti dengan sesi ramah mesra antara pimpinan dan tetamu. Antara yang hadir termasuklah Presiden WADAH, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden ABIM, Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, dan Presiden PKPIM, Sdr. Muhammad Dzul Aiman Zulkefly.

Dalam ucapan sambutan Aidilfitri yang berlangsung sekitar jam 12.00 tengahari, ketiga-tiga presiden menyampaikan harapan agar ukhuwah yang terjalin dapat terus diperkukuhkan dalam menghadapi cabaran umat masa kini. Mereka turut menekankan pentingnya sinergi antara pertubuhan masyarakat sivil dalam memperjuangkan agenda pencerahan, pendidikan, kebajikan dan solidariti sejagat.

Presiden menegaskan Aidilfitri bukan sekadar perayaan selepas Ramadhan, tetapi manifestasi kemenangan spiritual umat Islam yang perlu disertai dengan keinsafan dan rasa kebersamaan terhadap nasib saudara-saudara seagama di seluruh dunia.

Peringatan kepada hadirin turut diberikan agar tidak melupakan penderitaan umat Islam di Gaza, Palestin. Kehadiran Dr. Sharif Abu Shamal dari Yayasan Al-Quds Malaysia yang baru tiba dari Istanbul, serta laporan misi kemanusiaan oleh Dato’ Paduka Maharaja Wilayah, Dato’ Azwan Effendi bersama EXCO ABIM, Saudara Salman dalam Persidangan Antarabangsa “Rebuilding Back Gaza”, menzahirkan solidariti berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Ini bukan sekadar sambutan, tetapi ruang untuk kita terus memperkuatkan silaturrahim dalam dan luar negara, memperkasakan gerak kerja dakwah, tarbiah, advokasi serta aktiviti kerjasama antara agensi-agensi,” ujar beliau.

Dalam suasana negara yang berdepan pelbagai cabaran hubungan kaum dan agama, pimpinan menyeru agar majlis seperti ini menjadi wadah memperteguh perpaduan dan keharmonian antara masyarakat majmuk.

Kehadiran Tokoh Nasional dan Antarabangsa ke Majlis

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa tokoh penting negara termasuk YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang hadir seawal jam 11 pagi, serta YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan yang turut bersama tetamu sekitar jam 1:30 tengahari. Kehadiran dua figura politik ini menzahirkan sokongan berterusan terhadap usaha murni yang digerakkan oleh WADAH, ABIM dan PKPIM.

Turut hadir ialah wakil-wakil dari kedutaan asing yang menyatakan solidariti dan sokongan terhadap kerjasama antarabangsa dalam menjayakan agenda pembangunan masyarakat madani. H.E. Dr. Adel Mohamed Ba Hamid, Duta Besar Republik Yaman, dan H.E. Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Türkiye turut hadir memeriahkan sambutan, sekali gus memberi makna tersendiri terhadap nilai ukhuwah merentas sempadan yang didukung oleh gerakan Islam antarabangsa.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran para ketua agensi dan warga NGO seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), HALUAN Malaysia dan lain-lain yang terlibat secara langsung dalam pelbagai program pembangunan masyarakat. Suasana harmoni dan penuh mesra terserlah dengan alunan takbir, juadah tradisional dan sesi bergambar kenangan.

Program berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan penuh rasa syukur dan kesyukuran atas jalinan ukhuwah yang dipererat menerusi majlis ini.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Permukiman Kepimpinan ngo madani

PERMUKIMAN KEPIMPINAN NGO MADANI: MENGGALAS AMANAH ISLAH DAN MEMPERKUKUH KETAHANAN TAMADUN

Permukiman Kepimpinan NGO MADANI: Menggalas Amanah Islah dan Memperkukuh Ketahanan Tamadun KUALA LUMPUR, 1 Februari 2026 – Kesepaduan gerak kerja pimpinan pertubuhan masyarakat sivil (NGO) Islam di Malaysia mencapai satu lagi mercu tanda penting melalui penganjuran Permukiman Kepimpinan NGO MADANI Kebangsaan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 30 Januari sehingga 1 Februari […]

Baca Lanjut
Bengkel Wehdatul Fikr

BENGKEL WEHDATUL FIKR JOHOR: MEMPERTAUT PEMIKIRAN, MEMACU ISLAH DAN KETAHANAN TAMADUN NEGARA

JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]

Baca Lanjut
menteri agama

WADAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MENTERI AGAMA: MEMBUGAR AGENDA PENDIDIKAN, DAKWAH MODEN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI MADANI

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]

Baca Lanjut
kunjung hormat apm

KUNJUNGAN HORMAT WADAH KE IBU PEJABAT APM: MEMPERKUKUH SINERGI KERJASAMA STRATEGIK DAN TEKNIKAL

KAJANG, 20 Januari 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui satu majlis kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa lalu. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam aspek pengurusan bencana, latihan teknikal, dan pemerkasaan komuniti. Delegasi Wadah seramai 4 org diketuai […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1319
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
296395
Klik Sini