MAJLIS PERWAKILAN SALWA KEBANGSAAN (MPSK) KALI KE-5

Kongsikan artikel ini :

Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan (MPSK) untuk tahun 2024 telah berlangsung di Ideal Convention Centre Shah Alam Selangor pada 25 Oktober 2024 bersempena Muktamar Nasional WADAH ke-18.

Ini merupakan program wajib tahunan yang diadakan untuk mengumpulkan semua ahli dan pimpinan SALWA dari seluruh negara. Alhamdulillah, pada tahun ini seramai 130 orang perwakilan dan pemerhati MPSK 2024 telah hadir untuk bersama-sama memperbaharui azam dan tekad untuk gerak kerja yang lebih tuntas.

Majlis bermula dengan Forum Fikrah Madani Dr Siddiq Fadzil yang membawa tema Menyegar Nahdah Kewanitaan. Dua orang panelis telah diundang khas iaitu Datin Ustazah Aminah Zakaria yang merupakan Mantan Ketua Helwa ABIM ke-2 dan Ust Hasri Harun, Timbalan Presiden WADAH bersama moderatornya Dr Asma Hakimah Ab Halim, Timbalan Pengerusi SALWA II.

Antara lain para panelis menyorot ketokohan para Wanita Islam yang dikisahkan di dalam Al-Qur’an dan juga para Sahabiah yang terbilang. Kemudiannya, para perwakilan dan pemerhati dibawa untuk meneliti bagaimana untuk menyegarkan Nahdah (kebangkitan) Kewanitaan dengan mengaplikasikan fikrah Madani yang diinspirasikan oleh Mantan Presiden WADAH, Almarhum Dr Siddiq Fadzil.

Majlis diteruskan dengan penganugerahan Tokoh Dakwah SALWA 2024 kepada 3 orang pimpinan SALWA iaitu Ustazah Samsiah Chik (SALWA Negeri Sembilan), Datin Rohana Arshad (SALWA Kedah) dan Faridah Abu Bakar Titingan (SALWA Sabah). Mereka ini berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan telah banyak berjasa kepada masyarakat sekeliling secara amnya dan kepada jamaah khususnya.

Agenda MPSK diteruskan dengan Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan di mana laporan aktiviti dan kewangan dibentang untuk kelulusan oleh ahli-ahli yang hadir.  MPSK adalah medan muhasabah bagi memastikan gerak kerja dakwah dan pencerdasan umat terus subur dan berkesan. Dalam ucapan penangguhan, Pengerusi SALWA Malaysia, Prof. Madya Ts. Dr. Izura Udzir menyeru semua ahli SALWA agar terus istiqamah dalam saf yang kukuh dan teratur demi mencapai kejayaan dalam dakwah dan meninggikan syiar Islam.

Terima kasih kepada semua perwakilan dan pemerhati yang datang daripada jauh dan dekat. Semoga acara tahunan yang sentiasa dinantikan ini memberi kebaikan dan menguatkan ikatan hati kita semua dengan Allah Rabbul Jalil dalam usaha kita terus berbakti dan memberi manfaat kepada umat seluruhnya.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4317
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
390405
Klik Sini