USAHA MEMPERKASA PENDIDIKAN ISLAM: DR. HALIM EL-MUHAMMADY LAWAT PUSAT TUNAS NAHDHAH TANAH MERAH
TANAH MERAH, 25 Januari 2025 – Pusat Tunas Nahdhah Tanah Merah terus berkembang sebagai pusat pendidikan Islam dengan perancangan untuk menubuhkan kelas tahfiz, selain program sedia ada seperti kelas Tafaqquh untuk golongan dewasa.
Antara tumpuan pembangunan pusat TUNAS NAHDAH di seluruh negara termasuk Negeri Kelantan adalah bagi mengadakan kelas Tasawur Islam,pengajian dan tadabur Al-Quran, kelas pengajian Kitab, bedah buku untuk ahli masyarakat secara berkala dan berpusat.
Dalam lawatan ke pusat tersebut, Dr. Halim Muhammadi telah berbincang bersama WADAH Tanah Merah mengenai inisiatif menubuhkan kelas tahfiz bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Turut hadir ialah Pengerusi WADAH Kelantan, Ustaz Faisal Abdullah; Timbalan Pengerusi WADAH Kelantan, Ustaz Mohd Amin Abdullah; serta Pengerusi PKPIM Kelantan, Sdr. Amir Firhan Rosli, bersama barisan Jawatankuasa WADAH Tanah Merah.
Dalam ucapannya, Dr. Halim menekankan kepentingan pendidikan al-Quran dalam membentuk generasi muda yang berilmu dan berakhlak tinggi. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk menyokong usaha penubuhan kelas tahfiz di pusat tersebut, di samping merancang pelbagai inisiatif lain seperti kelas tuisyen untuk pelajar sekolah.
Dr. Halim menegaskan bahawa pendidikan al-Quran bukan sekadar usaha melahirkan individu yang mampu membaca, menghafaz, dan memahami isi kandungan al-Quran, tetapi sebagai satu proses holistik untuk membentuk insan yang berjiwa Rabbani. Menurut beliau, al-Quran adalah panduan utama yang membimbing akal, hati, dan tindakan manusia ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
Dengan menerapkan minda pendidikan al-Quran ini, umat Islam mampu bangkit semula sebagai umat contoh yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin). Pendidikan al-Quran bukan sahaja melibatkan pembelajaran teks, tetapi penghayatan dan pengamalan nilai-nilai al-Quran dalam setiap aspek kehidupan.
Sebagai simbolik kepada usaha memperkukuh pendidikan Islam, Dr. Halim turut menanam sepohon pokok mempelam di kawasan pusat tersebut. Penanaman ini melambangkan harapan agar usaha pendidikan yang dirancang akan terus berkembang dan memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat.
Pusat Tunas Nahdhah Tanah Wakaf terus komited memperkasa pendidikan Islam dengan pelbagai program yang dirancang bagi memenuhi keperluan ilmu masyarakat, sekaligus menjadi pusat pembangunan insan yang unggul di Tanah Merah.
KUALA LUMPUR, 16 September 2026 – Cabaran mendidik generasi masa kini di tengah-tengah kerencaman arus teknologi dan ledakan media sosial menuntut penggemblengan usaha berterusan antara agensi penguatkuasaan, pakar perundangan, institusi pendidikan, serta kepimpinan akar umbi. Menyedari peri pentingnya benteng pertahanan keluarga dibina secara kolektif, penganjuran Seminar Keibubapaan Era Digital telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah […]
KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – Memperingati pembentukan sebuah persekutuan berdaulat pada Hari Malaysia menuntut penghayatan patriotisme yang melangkaui kibaran bendera secara luaran, sebaliknya wajib diterjemahkan melalui tanggungjawab sosial, keadilan, dan pembelaan kebajikan rakyat terbanyak. Semangat inilah yang menyemarakkan penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Ppiwp (WAP) Wilayah Persekutuan yang berlangsung dengan penuh penghayatan di […]
JITRA, 14 September 2026 – Memahami peralihan paksi kuasa dunia serta mengantisipasi ancaman anasir luar terhadap fabrik perpaduan nasional menuntut daya fikir yang tajam, matang, dan berteraskan kefahaman strategik dalam kalangan aktivis masyarakat sivil dan gerakan Islam. Menyedari peri pentingnya wacana keilmuan ini, satu persidangan berprestij iaitu Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global telah berjaya […]
SEREMBAN, 23 Ogos 2026 – Memperkukuh saf perjuangan gerakan Islam, menyelaraskan persefahaman fikrah merentas generasi, serta memperkasakan institusi kekeluargaan menjadi intipati teras dalam penganjuran Ijtimak Harakiy Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Sembilan serta Muktamar Negeri (MUKRI) 2026. Perhimpunan tahunan yang penuh bersemangat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Seremban semalam. Program […]