KUPASAN BERNAS KECERDASAN UMAT & ERA AI

Kongsikan artikel ini :

KUPASAN “PERANAN ILMUWAN MENCERDAS UMAT” DI BERNAMA TV

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL), Ustaz Hasri Harun, telah dijemput sebagai panel temu ramah dalam Segmen 1 Apa Khabar Malaysia terbitan BERNAMA TV. Siaran secara langsung yang berlangsung pada hari Jumaat, 8 Ogos 2025, jam 9.00 hingga 10.00 pagi itu mengangkat topik “Peranan Ilmuwan Mencerdas Umat”.

Dalam sesi tersebut, Ustaz Hasri menjelaskan bahawa mencerdaskan umat bukan sekadar meningkatkan tahap intelektual, malah ia adalah proses membina akal, ilmu, dan hati secara seimbang. “Para ilmuwan mempunyai peranan yang sangat besar, bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mesti ada elemen kehebatan dan kekuatan untuk mengangkat martabat masyarakat,” ujar beliau.

Beliau menegaskan bahawa ilmu perlu menjadi asas kehidupan dalam semua bidang. Mencerdaskan umat, menurut beliau, merangkumi keseimbangan antara hati, jiwa, dan pemikiran bagi melahirkan manusia yang bijaksana. “Kebijaksanaan adalah formula penting yang mesti ditekankan agar manusia tidak hanya pandai, tetapi bijak dalam membuat keputusan,” katanya sambil mencontohkan tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina dan Ibn Rusd yang menguasai ilmu agama dan dunia secara seimbang.

Mengulas cabaran era moden, Ustaz Hasri menegaskan bahawa kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) tidak boleh dielakkan. Beliau mengingatkan agar AI dijadikan alat peningkatan, bukan kebergantungan mutlak sehingga manusia hilang arah. “Kecerdasan buatan datang daripada pemikiran manusia. Gunakan teknologi untuk mempermudah proses pembelajaran, bukan menggantikan sepenuhnya peranan manusia,” katanya sambil menggesa pelajar supaya tidak sekadar menyalin maklumat, tetapi memahami dan menilai sumbernya.

Beliau turut menekankan peranan pendidik dalam membimbing generasi supaya berfikir secara kritis, beramal dengan nilai ihsan, dan mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat. “Ihsan bukan sekadar rasa sayang, tetapi rasa tanggungjawab walaupun kepada mereka yang tiada pertalian darah,” jelasnya.

Menyentuh pembinaan masyarakat madani, Ustaz Hasri menyatakan bahawa ia memerlukan kolaborasi pelbagai pihak individu, universiti, sekolah, NGO, dan kerajaan. “Sebelum membentuk generasi, ilmuwan itu sendiri perlu dibentuk dan memahami peranan mereka. Setiap tindakan mesti dirancang dengan jelas supaya usaha mencerdaskan umat tidak tinggal sebagai teori,” tegas beliau.

Mengakhiri perkongsian, Ustaz Hasri menegaskan bahawa peranan ilmuwan adalah usaha berterusan yang memerlukan kesedaran kolektif. Masyarakat yang seimbang dari segi jiwa, hati, dan pemikiran akan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan kekuatan dan keteguhan.

Video segmen boleh ditonton melalui paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
376
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386464
Klik Sini