Presiden WADAH Adakan Kunjungan Strategik Bertemu NGO di Kuwait, Bincang Isu Umat dan Kerjasama Global
Kuwait City, 7 April 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, telah mengadakan kunjungan strategik ke Kuwait selama dua hari bermula 6 hingga 7 April 2025, dalam usaha memperkukuh hubungan antarabangsa dan membina kerjasama rentas negara bagi pembangunan ummah yang berdaya tahan.
Lawatan tersebut menyaksikan pertemuan rasmi Dato’ Ahmad Azam bersama Encik Jamal Al Shehab, wakil Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) cawangan Kuwait, serta beberapa wakil NGO tempatan. Turut serta dalam sesi perbincangan ialah Penolong Setiausaha Agung UNIW, Saudara Fauwaz Hasbullah juga merupakan Naib Presiden WADAH. Dalam lawatan ini juga, Presiden turut adakan pertemuan dengan Duta Malaysia di Kuwait, TYT Ambassador ‘Alauddin Mohd Nor.
Potensi Besar Jaringan Kerjasama NGO
Menurut Dato’ Ahmad Azam, “Kami melihat potensi besar untuk membina jaringan kerjasama yang bukan sahaja tertumpu kepada bantuan kemanusiaan, tetapi juga dalam aspek pendidikan, ekonomi sosial, dan pembangunan masyarakat madani.” Beliau turut menekankan bahawa kerjasama rentas sempadan seperti ini adalah kunci untuk menangani cabaran global yang semakin kompleks, termasuk krisis kemanusiaan dan gejala Islamofobia yang makin meruncing.
Encik Jamal Al Shehab pula menyambut baik kunjungan tersebut dengan menyatakan, “Kuwait sentiasa terbuka kepada inisiatif NGO luar yang membawa misi kemanusiaan dan perpaduan ummah. Kami menghargai semangat solidariti yang ditunjukkan oleh WADAH dan berharap hubungan ini akan berkembang menjadi platform tindakan bersama di peringkat serantau.”
Pertemuan tersebut turut menyentuh cadangan penganjuran bersama program latihan kepimpinan belia Islam, projek pembangunan komuniti pelarian, dan inisiatif penyelidikan bersama dalam bidang keamanan dan dialog antara budaya.
Dalam satu sesi tertutup bersama pimpinan NGO muda Kuwait, Dato’ Ahmad Azam turut berkongsi pengalaman beliau dalam bidang aktivisme dan diplomasi kemanusiaan. “Kita perlu lahirkan lebih ramai pemimpin akar umbi yang bukan sekadar pandai berkata-kata, tetapi mampu turun padang dan membina solusi,” ujar beliau disambut baik hadirin.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan Dato’ Ahmad Azam ke beberapa negara Timur Tengah dan Asia Barat, dalam usaha WADAH merintis agenda kerjasama global demi kesejahteraan umat Islam dan pembinaan dunia yang lebih adil dan harmoni.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]