KENYATAAN MEDIA WADAH 11 MEI 2025 GENCATAN SENJATA KONFLIK INDIA-PAKISTAN: SERUAN KEPADA KEADILAN, DIALOG DAN KEAMANAN SERANTAU
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyambut baik pengumuman gencatan senjata antara India dan Pakistan selepas berlakunya peningkatan ketegangan ketenteraan yang membimbangkan termasuk serangan peluru berpandu dan dron di sepanjang Garisan Kawalan (LoC). Kedua negara harus komited untuk menjayakannya atas dasar kemanusian sejagat. Gencatan senjata yang dimeterai melalui usaha pendamaian antarabangsa ini merupakan peluang penting untuk menghentikan keganasan dan membuka ruang kepada dialog damai.
Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip keamanan, keadilan dan solidariti sejagat, WADAH menyatakan pendirian seperti berikut
1. Solidariti Bersama Mangsa Tidak Berdosa. WADAH merakamkan takziah kepada semua mangsa yang terkorban akibat keganasan di kedua-dua belah sempadan, terutamanya rakyat awam di wilayah Jammu dan Kashmir yang terus terperangkap dalam kitaran konflik. Kehilangan nyawa yang tidak berdosa – sama ada dari India, Pakistan mahupun Kashmir – tidak boleh diterima dan tidak harus dijadikan kebiasaan.
2. Sokongan terhadap Dialog dan Usaha Mengawal Ketegangan. WADAH menggesa kedua-dua kerajaan India dan Pakistan agar memelihara gencatan senjata dengan penuh tanggungjawab dan membuka ruang kepada dialog damai yang inklusif, melibatkan suara rakyat Kashmir sebagai pihak berkepentingan utama. Penyelesaian politik melalui rundingan adalah jalan keluar yang paling berdaya tahan.
India-Pakistan, Kesedaran Ummatik
3. Menjunjung Hak Asasi di Kashmir. WADAH amat prihatin terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan di Kashmir yang ditadbir India. Kami menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk OIC dan ASEAN, agar lebih lantang mendesak proses penyahmiliteran, pemulihan kebebasan awam dan pengiktirafan terhadap hak menentukan nasib sendiri oleh rakyat Kashmir.
4. Peranan Malaysia sebagai Pendaulat Keamanan Serantau. WADAH menyokong sebarang inisiatif diplomasi oleh Kerajaan Malaysia dan negara ASEAN lain dalam usaha mendamaikan hubungan India-Pakistan. Sebagai negara yang berpengalaman dalam mediasi konflik dan keharmonian pelbagai kaum semenjak 1967, Malaysia berjaya menangani konflik kaum dengan baik. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengerusi ASEAN, juga mewakili ASEAN perlu memberi ruang memainkan peranan inisiatif diplomasi usaha damai dalam mendukung prinsip kemanusiaan, harga diri dan kestabilan rantau.
5. Seruan kepada Kesedaran Ummatik. Keganasan yang berulang di Asia Selatan menzahirkan keperluan mendesak untuk kesatuan fikrah dan solidariti ummatik dalam kalangan NGO Islam, cendekiawan dan jaringan masyarakat sivil.
Melangkaui sempadan geografi, misi kita bersama adalah untuk menegakkan keadilan dan keamanan sejagat, sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada perbuatan keji, mungkar dan kezaliman…” (Surah An-Nahl: 90)
WADAH akan terus komited dalam mempromosikan budaya damai (Fiqh Ta’ayush), menolak sebarang bentuk ekstremisme dan pencerobohan, serta memperjuangkan hak dan maruah umat tertindas di seluruh dunia – termasuk di Kashmir dan Palestin.
Azizuddin Ahmad Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]