KERJASAMA WADAH YADIM PERKASA DAEI MUDA

Kongsikan artikel ini :

WADAH menerima Kunjungan Hormat YADIM Sebagai Langkah Perkasa Daie Muda

BANGI, 27 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), melalui Bahagian Pembangunan Du’at di Anjung Rahmat, Sungai Merab Luar, Bangi. Lawatan ini bertujuan memperkukuh rangkaian dan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam usaha penempatan Pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) untuk pembelajaran dan pembangunan kemahiran dakwah di lapangan.

Program ini merupakan inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bertujuan melahirkan pendakwah muda yang berilmu, berkemahiran, dan mampu menyampaikan dakwah secara berkesan dalam pelbagai konteks masyarakat moden.

Delegasi YADIM diketuai oleh Puan Rohaizah binti Jawahir, Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at, bersama Ustaz Muhammad Ashraf bin Ab Malek, serta tiga pegawai iaitu Encik Am Iskandar bin Masnan, Puan Liyana Nasuha binti Mazli, dan Puan Noraini binti Ibrahim. Kehadiran WADAH pula diwakili oleh Tuan Haji Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung WADAH, dan Puan Arina Abd Ghani.

Antara agenda utama pertemuan ini adalah perbincangan mengenai penempatan pelatih ADMY selama 21 hari yang dijadualkan pada bulan Julai 2025. Program ini dirangka untuk memberi peluang kepada pelatih ADMY meningkatkan kemahiran dakwah melalui pengalaman praktikal dalam pelbagai aktiviti anjuran WADAH di lapangan.

Puan Rohaizah dalam ucapannya menekankan visi ADMY sebagai program intensif yang bertujuan melahirkan intelektual muda Muslim yang mampu menyumbang secara signifikan kepada gerakan dakwah moden. Sementara itu, Tuan Haji Azizuddin memperincikan komitmen WADAH sebagai platform pembangunan komuniti yang aktif dan bersedia menyokong inisiatif ADMY.

Pihak WADAH menyambut baik lawatan ini dan memuji usaha YADIM dalam melahirkan generasi pelapis dakwah yang berkualiti. Tuan Haji Azizuddin turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama ini akan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak dalam memperkasakan usaha dakwah, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Lawatan ini menandakan permulaan hubungan strategik yang kukuh antara YADIM dan WADAH, dengan potensi untuk meluaskan lagi kolaborasi dalam pelbagai aspek pembangunan masyarakat pada masa hadapan.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
seminar ekonomi wanita madani

SEMINAR EKONOMI WANITA MADANI: PEMACU TRANSFORMASI USAHAWAN DAN PEMBERDAYAAN KOMUNITI

CYBERJAYA, 5 Disember 2025 – Bertempat di Dewan Semarak, Cyberjaya, satu anjakan paradigma dalam memperkasa ekonomi golongan wanita telah dizahirkan menerusi penganjuran Seminar Ekonomi Wanita MADANI oleh Pekawanis. Program yang berlangsung bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari ini telah berjaya menghimpunkan ratusan peserta yang terdiri daripada usahawan, surirumah, dan belia dari sekitar daerah […]

Baca Lanjut
AMANAT PIMPINAN

AMANAT PIMPINAN GERAKAN WADAH 2026

Menghidupkan Syura, Memperkukuh Amal Jama‘iyy, Mempersatukan Umat MUKADIMAHTahun 2026 dan Panggilan Tanggungjawab Bismillāhirraḥmānirraḥīm.Saudara-saudari pimpinan dan seluruh warga Gerakan WADAH yang saya kasihi. Kita melangkah ke tahun 2026 dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu. Perpecahan umat semakin ketara, politik kebencian semakin menular, dan suara hikmah sering tenggelam dalam lautan emosi. Dalam suasana inilah Allah SWT […]

Baca Lanjut
FORUM MASYARAKAT MADANI

FORUM MASYARAKAT MADANI: HIKAM SERU BUDAYA HIKMAH DAN TOLAK KETAASUBAN MELALUI ASAS ISLAM RAHMAH (AISAR)

PUTRAJAYA, 28 Disember 2025 – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) hari ini melakar sejarah penting dalam landskap dakwah negara melalui penganjuran Forum Masyarakat Madani: Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah Melalui Asas Islam Rahmah (AISAR). Program yang berlangsung di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Qur’an ini telah menjadi medan pertembungan idea yang progresif bagi menangani isu ekstremisme […]

Baca Lanjut

Malaysia Memimpin: WADAH Tekankan Agenda Islah, Ketahanan Tamadun dan Tajdid Ummah

Seberang Jaya, 29 November 2025 — Muktamar Nasional WADAH kali ke-19 (MUKNAS19) berlangsung dengan penuh signifikan apabila Presiden WADAH Pencerdasan Umat, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, menyampaikan amanat bertema “Malaysia Memimpin: Agenda Islah, Ketahanan Tamadun dan Tajdid Ummah”. Amanat ini merupakan satu rangka pemikiran besar yang menegaskan peranan Malaysia sebagai negara berwibawa, beradab dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
446
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
248377
Klik Sini