Timbalan Presiden di IKIM FM, Seruan Kedamaian

Kongsikan artikel ini :

Kepentingan Kedamaian dalam Kepelbagaian Masyarakat Malaysia Madani

Kuala Lumpur, 14 Julai 2025 — Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBrs. Ustaz Hasri bin Harun menegaskan bahawa prinsip kedamaian dalam kehidupan bermasyarakat berbilang kaum dan agama merupakan teras penting dalam pembinaan negara Malaysia Madani. Kenyataan ini disampaikan secara langsung menerusi siaran khas rancangan Minda Madani di IKIM FM yang bersiaran pada 14 Julai 2025, jam 12 tengah hari yang lepas.

Dalam rancangan yang bertemakan “Madani dan Prinsip Kedamaian”, Ustaz Hasri yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor menekankan bahawa asas kedamaian berpunca daripada prinsip Islam itu sendiri yang membawa mesej kesejahteraan sejagat, tanpa mengira bangsa atau agama.

“Islam adalah agama yang membawa dan mengangkat elemen assalamkesejahteraan. Ia bukan hanya untuk umat Islam, malah ditujukan kepada seluruh umat manusia,” tegas beliau.

Ustaz Hasri turut menghuraikan bahawa kepelbagaian bangsa dan budaya dalam sesebuah masyarakat adalah fitrah yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, prinsip toleransi dan saling menghormati adalah asas untuk mewujudkan suasana damai dan harmoni. Beliau menekankan bahawa ikhtilaf atau perbezaan tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan ketegangan atau diskriminasi dalam masyarakat.

“Allah sendiri menyebut bahawa jika Dia menghendaki, seluruh manusia boleh dijadikan satu umat. Tapi Dia memilih kepelbagaian — maka kita harus fahami dan raikan perbezaan ini sebagai kekuatan, bukan ancaman,” ujarnya.

Mengaitkan prinsip kedamaian dengan enam rukun Malaysia Madani — kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan — beliau menekankan bahawa elemen “hormat” menjadi kunci utama dalam interaksi antara masyarakat majmuk. Katanya, hormat bukan sekadar menerima perbezaan tetapi mengiktiraf hak semua insan sebagai makhluk Allah.

“Kalau kita lihat kepada kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, baginda tidak hanya memimpin masyarakat Islam tetapi juga memberikan hak dan penghormatan kepada bukan Islam untuk hidup bersama dalam kerangka masyarakat berperlembagaan,” tambah beliau.

Dalam sesi perbincangan tersebut, beliau turut menyarankan agar pendidikan nilai kedamaian dan persefahaman antara kaum diterapkan sejak di bangku sekolah melalui program interaksi silang budaya. Beliau menegaskan pentingnya penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi utama untuk membina semangat kebangsaan dan perpaduan yang tulen.

“Bahasa itu asas kepada identiti bangsa Malaysia. Dalam perbezaan bangsa dan agama, bahasa yang satu ini dapat menyatukan dan menyemai rasa hormat antara satu sama lain,” katanya lagi.

Beliau turut menyentuh peranan komunikasi, dialog antara agama dan budaya serta usaha memperkukuh kefahaman bersama agar prinsip madani dapat dihayati secara menyeluruh.

“Kita mahu membina masyarakat Malaysia yang bukan sahaja cemerlang dari aspek ekonomi dan teknologi, tetapi juga dari aspek rohani, moral, dan saling mempercayai. Itulah wajah sebenar Malaysia Madani.”

Sesi yang berlangsung selama hampir satu jam itu menerima respons positif daripada para pendengar di media sosial IKIM FM, yang turut menzahirkan rasa kagum dan penghargaan terhadap kejelasan kupasan beliau.

Rancangan Minda Madani yang dihoskan oleh Syafiq Saleh merupakan platform mingguan yang mengetengahkan topik kenegaraan dan pembangunan jiwa dari sudut Islam. Penampilan Ustaz Hasri dalam siri kali ini mengangkat lagi nama WADAH sebagai badan bukan kerajaan yang terus menyumbang dalam memperkukuh kesedaran masyarakat tentang pentingnya perpaduan dan keharmonian dalam kerangka Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Rakaman video boleh ditonton di paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
381
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386469
Klik Sini