KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan Bantu Siswa Siswi Kurang Berkemampuan
SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian.
Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, dalam satu majlis sederhana namun penuh bermakna di kampus KDH, Sungai Merab.
Skim ini dilaksanakan di bawah Tabung Infaq KDH yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Rahman Mohd Yassin, dengan kerjasama pengurusan tertinggi kolej, termasuk Ketua Eksekutif KDH, Tuan Haji Shahran Kasim. Inisiatif ini mensasarkan 100 orang pelajar sebagai penerima manfaat bagi fasa pertama, dengan kadar sumbangan sebanyak RM25 bagi setiap pelajar sehari — meliputi tajaan sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.
Bantuan Makanan Lebih Bernutrisi
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam (1202 9010 0532 97) atas nama Kolej Dar al-Hikmah, dengan rujukan “Skim Infaq”, atau terus melalui pautan rasmi toyyibpay.com/SKIM-Infaq-MAKANAN-TAMBAHAN.
Skim ini turut menekankan aspek pendanaan kebajikan pendidikan pelajar asnaf, pemerkasaan pendidikan Islam untuk pelajar dari negara Islam minoriti, serta sumbangan kebajikan pelajar KDH secara menyeluruh.
Turut ditegaskan bahawa program ini bukan sekadar usaha kebajikan, tetapi juga wadah membina budaya prihatin dan semangat Ummatik dalam kalangan warga KDH serta masyarakat luar. Ia diharap dapat meringankan beban pelajar asnaf dan memastikan kesejahteraan serta kecergasan mereka terjamin bagi menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]