KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan

Kongsikan artikel ini :

KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan Bantu Siswa Siswi Kurang Berkemampuan

SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian.

Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, dalam satu majlis sederhana namun penuh bermakna di kampus KDH, Sungai Merab.

Skim ini dilaksanakan di bawah Tabung Infaq KDH yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Rahman Mohd Yassin, dengan kerjasama pengurusan tertinggi kolej, termasuk Ketua Eksekutif KDH, Tuan Haji Shahran Kasim. Inisiatif ini mensasarkan 100 orang pelajar sebagai penerima manfaat bagi fasa pertama, dengan kadar sumbangan sebanyak RM25 bagi setiap pelajar seharimeliputi tajaan sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

Bantuan Makanan Lebih Bernutrisi

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam (1202 9010 0532 97) atas nama Kolej Dar al-Hikmah, dengan rujukan “Skim Infaq”, atau terus melalui pautan rasmi toyyibpay.com/SKIM-Infaq-MAKANAN-TAMBAHAN.

Skim ini turut menekankan aspek pendanaan kebajikan pendidikan pelajar asnaf, pemerkasaan pendidikan Islam untuk pelajar dari negara Islam minoriti, serta sumbangan kebajikan pelajar KDH secara menyeluruh.

Turut ditegaskan bahawa program ini bukan sekadar usaha kebajikan, tetapi juga wadah membina budaya prihatin dan semangat Ummatik dalam kalangan warga KDH serta masyarakat luar. Ia diharap dapat meringankan beban pelajar asnaf dan memastikan kesejahteraan serta kecergasan mereka terjamin bagi menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1504
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386057
Klik Sini