JAMUAN MUHIBBAH & USRAH GABUNGAN WAP SELANGOR PERKUKUH UKHUWAH
April 23rd, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Gombak, 19 April 2026 – WADAH Selangor bersama ABIM Selangor dan PEPIAS telah menganjurkan Jamuan Muhibbah dan Usrah Gabungan WAP Selangor yang berlangsung di Pusat Latihan PEPIAS & ABIM Gombak.
Program dimulakan dengan jamuan muhibbah yang dihoskan oleh Timbalan Presiden PEPIAS selaku tuan rumah, diikuti dengan solat Zohor berjemaah. Seterusnya, sesi usrah dimulakan dengan aluan oleh Pengerusi WADAH Selangor sebelum diteruskan dengan pembentangan bertemakan “Sumud Flotilla 2.0: Solidariti Antarabangsa untuk Palestin”.
Pembentangan telah disampaikan oleh wakil PEPIAS, Saudari Adura, wakil ABIM dan GPM, Saudara Nik Muhammad, serta wakil WADAH Selangor, Saudara Kamarul Azami. Program ini turut dihadiri oleh ahli-ahli serta wakil Pengerusi JKKK Kampung Changkat dan Pengerusi MSN Selangor, Haji Nik Muhammad Yusuf.
Secara keseluruhannya, program ini menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta memperluas kefahaman terhadap isu semasa dalam kalangan ahli dan peserta.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]