Program Lawatan dan Serahan Buku Panduan Ibadah Pesakit di Hospital Sungai Bakap
Pulau Pinang, 13 Ogos 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melalui NAHDAH Permatang Pauh, dengan kerjasama Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (PEKASIH) Pulau Pinang, telah menganjurkan Program Lawatan dan Serahan Buku Panduan Ibadah Pesakit di Hospital Sungai Bakap. Program ini diadakan sebagai usaha menyantuni pesakit yang memerlukan sokongan moral dan panduan rohani ketika menjalani rawatan.
Pihak hospital diwakili oleh Encik Mohd Ellmi bin Haji Che Omar, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sungai Bakap, manakala serahan buku telah disempurnakan oleh Puan Arina binti Abd Ghani, Pengurus Pusat Tunas Nahdah Zon Utara. Buku ini diharapkan menjadi panduan praktikal untuk pesakit menunaikan ibadah dengan sempurna walaupun berada dalam keadaan sakit atau terhad dari segi pergerakan.
Buku Panduan Ibadah Pesakit ini merupakan sumbangan ikhlas daripada Hospital Pakar Al Islam, yang mengandungi panduan lengkap melaksanakan solat, wuduk, tayammum dan ibadah lain bagi pesakit yang berada di hospital. Usaha ini mencerminkan kepedulian terhadap kesejahteraan rohani pesakit, di samping menyokong misi memperkukuh nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Turut hadir dalam program ini ialah Encik Muhammad Subhi bin Md Daud, Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran Hospital Sungai Bakap, serta Tuan Haji Mohd Kamil Abu Bakar, Setiausaha WADAH Pulau Pinang.
Program ini adalah susulan daripada lawatan ziarah hospital yang diadakan sebelum ini, di mana pihak hospital telah menyuarakan keperluan bahan panduan ibadah bagi kegunaan pesakit. Berdasarkan maklum balas tersebut, WADAH dan rakan strategiknya telah mengambil inisiatif menyediakan buku panduan ini bagi memenuhi keperluan yang telah dikenal pasti.
WADAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini, termasuk para penyumbang, sukarelawan, serta pihak hospital yang memberikan kerjasama sepenuhnya. Diharapkan usaha ini dapat menjadi contoh teladan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara NGO, institusi kesihatan, dan masyarakat demi kebaikan bersama.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]