Kupasan WADAH di IKIMFm, Penekanan Ihsan & Hormat Sebagai Asas Perpaduan
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri bin Harun, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, telah dijemput sebagai panel jemputan dalam slot Minda Madani terbitan IKIMfm pada Isnin, 21 Julai 2025.
Dalam rancangan yang dihoskan oleh Syafiq Salleh itu, Ustaz Hasri mengupas topik “Madani dan Cabaran Hidup Damai”, mengajak masyarakat memahami serta mengamalkan nilai-nilai rukun Madani, khususnya prinsip hormat menghormati dan ihsan sebagai asas pembinaan masyarakat harmoni dalam konteks negara majmuk.
Beliau menegaskan bahawa hormat bukan sekadar perlakuan luaran, tetapi lahir daripada rasa kasih sayang yang diterjemahkan melalui interaksi beradab, budaya memberi salam, senyum, dan menyapa. Perasaan kasih sayang ini, katanya, perlu dipupuk sejak di bangku sekolah dan dikembangkan dalam kehidupan bermasyarakat agar dapat membina ukhuwah yang kukuh merentasi perbezaan bangsa, budaya, dan agama.
Mengulas tentang ihsan sebagai salah satu rukun Madani, Ustaz Hasri menjelaskan bahawa ihsan bukan sahaja bermakna melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh kerana Allah, tetapi turut memberi impak positif kepada manusia, alam sekitar dan seluruh makhluk. Beliau menekankan pentingnya sikap prihatin terhadap golongan yang memerlukan, sama ada melalui bantuan kewangan, motivasi, atau doa, sebagai tanda ukhuwah dan ketakwaan.
Beliau turut mengingatkan cabaran terbesar dalam mengaplikasi nilai hormat dan ihsan ialah sikap prejudis, perpecahan, dan penggunaan media sosial secara tidak berhemah. Menurutnya, perbezaan pendapat adalah lumrah, namun wajar disampaikan dengan adab, mengelakkan bahasa kesat atau tohmahan yang merosakkan keharmonian masyarakat.
Mengakhiri sesi, Ustaz Hasri menyeru agar seluruh rakyat berusaha memurnikan jiwa, menolak sifat bongkak, dan memupuk muhibbah demi membina negara yang aman, harmoni dan sejahtera. “Tidak ada manusia waras yang suka kepada pertentangan dan pergaduhan. Mari kita amalkan nilai-nilai Madani dalam kehidupan agar negara terus makmur dan dirahmati Allah,” ujarnya.
Slot Minda Madani ini merupakan siri ketiga bersama Ustaz Hasri untuk bulan Julai 2025, yang membicarakan prinsip dan aplikasi Malaysia Madani dalam kehidupan seharian.
Video temu ramah boleh ditonton di paparan tertera.
JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]
KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]
KAJANG, 20 Januari 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui satu majlis kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa lalu. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam aspek pengurusan bencana, latihan teknikal, dan pemerkasaan komuniti. Delegasi Wadah seramai 4 org diketuai […]
KUALA LUMPUR, 14 Januari 2026 – Mendepani landskap sosial yang semakin mencabar di era digital, gerakan dakwah di Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan mengadopsi pendekatan “di luar kotak”. Keperluan ini menjadi fokus utama dalam Konvensyen Dakwah Negara: Mendepani Isu Sosial Umat yang berlangsung dengan penuh jayanya di Kingston 10 @ Unicorn Hotel, Kuala Lumpur, […]