HOSPITAL VISIT PPUM DAN CYBERJAYA

Kongsikan artikel ini :

Ihsan MADANI: WADAH Santuni Pesakit di PPUM dan Hospital Cyberjaya Melalui Hospital Visit

Petaling Jaya, 19 Mac 2025, Cyberjaya, 25 Mac 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah menganjurkan Program Ziarah Hospital bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Cyberjaya sempena bulan Ramadan ini. Lawatan ini juga selari dengan rukun MADANI iaitu Ihsan, yang menekankan keprihatinan, kasih sayang, dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan bermasyarakat. Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh WADAH sejak tahun 2021.

Program pertama berlangsung pada 19 Mac 2025 (Rabu), jam 11.00 pagi di PPUM dengan sasaran sebanyak 150 pesakit, manakala program kedua diadakan di Hospital Cyberjaya pada 25 Mac 2025 (Selasa) pada waktu yang sama, dengan sasaran seramai 200 pesakit. Mewakili WADAH, Haji Mohd Yusop Bin Hassan, Naib Presiden WADAH mengetuai agihan di PPUM manakala di Hospital Cyberjaya digerakkan oleh Setiausaha Agung WADAH, Haji Azizuddin bin Ahmad. Kehadiran WADAH di Hospital Cyberjaya disambut baik oleh kakitangan hospital, dengan ucapan aluan disampaikan oleh Dr. Mardiah Binti Masharuddin, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Cyberjaya, sebelum agihan pek hygiene bermula.

Silaturahim dan Sokongan Moral Hospital

Menurut Setiausaha Agung WADAH, program ini bertujuan mengagihkan pek hygiene kit kepada pesakit-pesakit sebagai usaha untuk menyokong kebersihan diri serta meningkatkan keselesaan pesakit sepanjang mereka menerima rawatan. Selain itu, program ini juga mempunyai objektif lain seperti mengeratkan silaturahim antara pihak WADAH dengan kakitangan hospital, menceriakan hati para pesakit yang sedang dirawat, serta memberikan sokongan moral kepada mereka dan keluarga masing-masing.

“Kami percaya program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kebersihan dan kesihatan tetapi juga secara psikologi dan emosi, terutama dalam bulan Ramadan yang mulia ini,” tambah beliau.

Beliau juga berharap program ini dapat menjadi titik mula untuk pihak hospital lebih mengenali WADAH sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam isu-isu kemasyarakatan dan kebajikan di Malaysia. Ini penting untuk memperluaskan jaringan kerjasama pada masa akan datang dalam usaha menjayakan pelbagai lagi program berimpak tinggi kepada masyarakat.

Pihak penganjur memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua garis panduan serta peraturan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak hospital bagi memastikan kelancaran program serta keselamatan semua pihak yang terlibat.

Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan WADAH dalam usaha “Mengangkat Martabat Umat” melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3761
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
389849
Klik Sini