HORMAT & IHSAN: 2 NILAI TERAS KELUARGA DIKUPAS DALAM WACANA KELUARGA MADANI

Kongsikan artikel ini :

9 Julai 2023, KLANG – Alhamdulillah, telah berlangsung Wacana Keluarga MADANI bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang anjuran WADAH dan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) dengan kerjasama WADAH Selangor dan Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) UNISEL.

Menampilkan 2 panel pembicara iaitu Pn Norazizah Abd Aziz (Perunding Psikologi, Bayt al-Rahmah) dan En. Fauwaz Hasbullah (Persatuan Bapa Penyayang), wacana ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan dalam mendepani dan menyantuni anak-anak generasi MZ serta penerapan nilai-nilai MADANI, iaitu HORMAT dan IHSAN dalam institusi kekeluargaan masa kini.

Wacana dimulakan dengan kata aluan daripada Tn. Amidi Abdul Manan, Dekan, Hal Ehwal Pelajar UNISEL dan dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Fauzan Noordin selaku Pengarah, IIIT East and Southeast Asia.

#MalaysiaMADANI
#PencerdasanUmat













Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Ijtimak harakiy kedah

Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global Sempena Ijtimak Harakiy WAP Kedah: Kupas Tatanan Dunia Baharu Serta Cabaran Keselamatan Watan

JITRA, 14 September 2026 – Memahami peralihan paksi kuasa dunia serta mengantisipasi ancaman anasir luar terhadap fabrik perpaduan nasional menuntut daya fikir yang tajam, matang, dan berteraskan kefahaman strategik dalam kalangan aktivis masyarakat sivil dan gerakan Islam. Menyedari peri pentingnya wacana keilmuan ini, satu persidangan berprestij iaitu Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global telah berjaya […]

Baca Lanjut
negeri sembilan

Ijtimak Harakiy WAP dan MUKRI Negeri Sembilan 2026: Rapatkan Saf Harakah, Hayati Ucaptama Kepimpinan Serta Kupas Forum Keibubapaan

SEREMBAN, 23 Ogos 2026 – Memperkukuh saf perjuangan gerakan Islam, menyelaraskan persefahaman fikrah merentas generasi, serta memperkasakan institusi kekeluargaan menjadi intipati teras dalam penganjuran Ijtimak Harakiy Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Sembilan serta Muktamar Negeri (MUKRI) 2026. Perhimpunan tahunan yang penuh bersemangat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Seremban semalam. Program […]

Baca Lanjut
presiden wadah

PRESIDEN WADAH RASMI IJTIMAK HARAKIY WADAH-ABIM-PKPIM PULAU PINANG 2026

BAYAN LEPAS, 14 September 2026 – Memahami gelombang perubahan geopolitik antarabangsa serta kesannya terhadap kedaulatan watan menuntut daya fikir yang kritis, matang, dan berpandangan jauh dalam kalangan aktivis gerakan Islam. Kesedaran ini dizahirkan menerusi penganjuran Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-PEMBIMBING (WAP) Pulau Pinang 2026 yang berlangsung dengan penuh iltizam bertempat di Dewan Al-Fateh, Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Bayan […]

Baca Lanjut
profesor adjung

Martabat Budaya Ilmu dan Pembangunan Masyarakat: Presiden WADAH Dato’ Ahmad Azam Dilantik Profesor Adjung Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil UNISEL

BESTARI JAYA, 10 September 2026 – Dunia keilmuan akademik dan gerakan dakwah masyarakat sivil melakar detik bersejarah apabila Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, secara rasminya menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Universiti Selangor (UNISEL). Pelantikan berprestij tersebut disempurnakan bersempena Majlis […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3200
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
775841
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini