HIKAM KECAM TINDAKAN MEMBAKAR KENDERAAN MILIK CIKGU CHANDRA

Kongsikan artikel ini :
HIKAM KECAM TINDAKAN MEMBAKAR KENDERAAN MILIK CIKGU CHANDRA

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab membakar tiga buah kenderaan milik Cikgu Chandra yang dilaporkan berlaku pada pagi ini.

Perbuatan sedemikian merupakan satu bentuk keganasan dan vandalisme yang sama sekali tidak boleh diterima dalam masyarakat yang menjunjung nilai keamanan, kedaulatan undang-undang serta keharmonian hidup bersama.

HIKAM berpandangan bahawa sebarang perbezaan pandangan, ketidakpuasan hati atau perselisihan tidak wajar diselesaikan melalui tindakan melampau, apatah lagi melalui keganasan yang boleh mengancam keselamatan individu serta ketenteraman awam.

Sehubungan dengan itu, HIKAM menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mengamalkan budaya dialog yang sihat, matang dan beradab dalam menyelesaikan sebarang isu atau perbezaan pendapat. Pendekatan perbincangan yang rasional serta saling menghormati merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang harmoni dan bertamadun.

Dalam masa yang sama, HIKAM ingin menegaskan bahawa umat Islam hendaklah sentiasa menangani sebarang isu dengan mematuhi undang-undang serta menjunjung prinsip keadilan dan keamanan. Islam mengajar pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan dan keseimbangan) dalam beragama, yang menolak sikap melampau serta menggalakkan penyelesaian yang bijaksana dan berhemah, khususnya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia.

HIKAM juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan masyarakat Islam agar sentiasa menjaga adab dan akhlak dalam menyuarakan pandangan, termasuk di media sosial. Umat Islam hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai, bersifat menghina atau boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

HIKAM juga sentiasa mengangkat perpaduan nasional sebagai salah satu agenda penting dalam usaha membina sebuah masyarakat yang berteraskan keadilan dan kasih sayang, saling menghormati serta dapat hidup bersama dalam kepelbagaian kaum dan agama.

Prinsip ini selari dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.” (Surah al-Hujurat: 13)

Oleh itu, semua pihak perlu berperanan memelihara keharmonian antara kaum dan agama yang telah sekian lama menjadi tunjang kekuatan negara kita. Sebarang tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan, kebencian atau permusuhan antara kelompok masyarakat hendaklah dielakkan sama sekali.

Akhir sekali, HIKAM berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab, selaras dengan peruntukan undang-undang.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3535
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
936019
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini