WADAH Anjur Diskusi Meja Bulat: RUU PSB & Isu Sosial PPR Sebagai Usaha Membina Bandar Baharu, Menyatukan Masyarakat
Bandar Baru Bangi, 26 Mei 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan satu Diskusi Meja Bulat bertemakan “RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) & Isu Sosial PPR: Membina Bandar Baharu, Menyatukan Masyarakat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel. Program ini diadakan bermula jam 9:30 pagi hingga 1:00 petang, menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pembangunan bandar, perumahan rakyat, dan kesejahteraan sosial.
Diskusi ini bertujuan menjadi platform perkongsian pandangan dan pengalaman antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli akademik serta wakil komuniti bagi merangka penyelesaian yang menyeluruh dan inklusif terhadap cabaran-cabaran berkaitan pembangunan semula bandar serta isu sosial yang melibatkan Perumahan Rakyat (PPR). Forum ini menyaksikan kehadiran kira-kira 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.
Antara ahli panel yang menyertai diskusi ini ialah Puan Azlina Ismail binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Operasi, Unit Penguatkuasaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS); Datuk Chang Kim Loong, Setiausaha Agung Kehormat, National House Buyers Association (NHBA); Dr. Syafiee bin Shuid, Pensyarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak; serta TPr Herlina Abd Aziz, Presiden Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA). Diskusi ini telah dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Nor Zalina binti Harun, Pensyarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dasar Keadilan Sosial
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan minum pagi, sebelum diteruskan dengan sidang meja bulat yang membincangkan RUU PSB dan isu-isu sosial berkaitan PPR. Diskusi berjalan dalam suasana yang interaktif dan konstruktif, diakhiri dengan sesi rumusan resolusi serta ucapan penutup. Program kemudiannya disusuli dengan jamuan makan tengah hari sebagai penutup rasmi.
Diskusi menegaskan bahawa sebarang dasar atau akta yang memberi impak besar kepada masyarakat bandar perlu dirangka dengan mengambil kira prinsip keadilan sosial, nilai kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat. WADAH komited untuk memainkan peranan sebagai suara masyarakat sivil melalui advokasi dasar, pendidikan masyarakat dan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk komuniti PPR, kampung tradisional, dan kawasan B40 yang terlibat secara langsung dengan pembangunan bandar.
Menurut Setiausaha Agung WADAH, Encik Azizuddin Ahmad, penganjuran diskusi ini mencerminkan komitmen WADAH dalam memainkan peranan sebagai jambatan pemikiran antara masyarakat sivil dan pembuat dasar, ke arah membina bandar yang lebih inklusif, berdaya huni dan menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]