Kupasan di BERNAMA Radio: Sentuhan Ibu Bapa Tangani Buli
Kuala Lumpur, 22 Ogos 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang juga Pensyarah Kanan Universiti Selangor, Ustaz Hasri Harun, telah dijemput mengisi slot NOTA ROHANI di BERNAMA Radio pada Jumaat lepas, jam 11.30 pagi. Beliau menyampaikan pengisian bertajuk “Sentuhan Ibu Bapa Tangani Buli” yang menyentuh isu penting berkaitan peranan ibu bapa dalam menangani gejala buli, khususnya dalam kalangan anak-anak dan pelajar sekolah.
Dalam pengisian tersebut, Ustaz Hasri menekankan bahawa fenomena buli tidak berlaku secara tiba-tiba di sekolah, sebaliknya berakar daripada suasana pembentukan akhlak dan kasih sayang dalam keluarga. Menurutnya, kekerasan atau sikap kasar yang ditunjukkan ibu bapa di rumah boleh memberi kesan langsung kepada perkembangan emosi anak-anak, yang kemudiannya terbawa ke dalam pergaulan di sekolah dan masyarakat.
“Buli ini sering bermula daripada rumah. Jika anak terbiasa mendengar kata-kata kasar tanpa teguran, ia akan dianggap normal lalu terbawa ke luar. Sebab itu peranan ibu bapa amat penting untuk menjadi teladan,” jelas beliau.
Ustaz Hasri turut mengingatkan ibu bapa agar memahami perkembangan emosi anak-anak, kerana persekitaran hari ini jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Ibu bapa perlu lebih proaktif, meluangkan masa berkualiti walaupun seketika, dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak agar dapat mengesan sebarang perubahan tingkah laku sejak awal.
Kerjasama Ibu Bapa dan Guru Tangani Buli
Beliau menambah bahawa masa bersama anak-anak di rumah, sama ada ketika makan atau sebelum tidur, adalah peluang terbaik untuk mendidik dengan penuh kelembutan, bukan sekadar memberi nasihat atau memarahi. Bahkan, ibu bapa juga digalakkan untuk bekerjasama dengan guru dan kaunselor sekolah bagi menangani isu buli secara berhemah.
Mengulas tentang anak yang terlibat sebagai pembuli, Ustaz Hasri menekankan agar ibu bapa tidak berputus asa atau terus menghukum, sebaliknya mendekati dengan kasih sayang dan tindakan positif. Menurutnya, ramai anak-anak yang pernah terlibat dalam gejala negatif akhirnya berubah menjadi insan yang baik apabila diberi peluang bimbingan dan sokongan.
“Jangan cepat fed up. Anak yang degil atau nakal bukan bermakna tiada harapan. Dengan doa, usaha, dan pendekatan yang bijaksana, anak itu boleh berubah menjadi lebih baik,” katanya lagi.
Mengakhiri slot tersebut, Ustaz Hasri menyeru ibu bapa agar tidak mengabaikan ruang dan peluang mendidik anak-anak meskipun sibuk dengan urusan kerja. Baginya, kejayaan membendung budaya buli bermula daripada keluarga dengan asas kasih sayang, teladan yang baik, serta komunikasi yang berterusan.
Slot NOTA ROHANI yang disiarkan BERNAMA Radio ini mendapat sambutan baik para pendengar dan akan terus menampilkan pengisian tokoh-tokoh agama bagi membincangkan isu-isu kerohanian, kekeluargaan, dan kemasyarakatan.
Rakaman pengisian boleh ditonton di paparan tertera.
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada H. Fathurrahman Mahfudz, BIRIK., MM., atas pelantikan sebagai Ketua Umum, Dr. H. Dwi Budiman Assiroji, M.Pd.I sebagai Sekretaris Umum, dan Dr. H. Ade Salamun, M.Si sebagai Bendahara Umum Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bagi periode 2025–2030. Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dalam meneruskan perjuangan dakwah, […]
BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]
BANGI, 6 Oktober 2026 – Memperkukuh literasi undang-undang, memelihara keluhuran perlembagaan, serta menyediakan respons berstruktur terhadap isu-isu keadilan sosial menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Strategik Isu Perundangan di Malaysia anjuran Majlis Al-Mizan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program intensif setengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif […]
PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]