Engkau Yang Lembut: Catatan Belasungkawa Buat Murabbi Ummah, Allahyarham Dr. Abdul Halim El-Muhammady

Kongsikan artikel ini :

Engkau Yang Lembut

Oleh: Hasri Harun (Timbalan Presiden WADAH)

Pemergianmu yang tenang
Namun mengejutkan kami
Seluruh benak menggigil
Namun semuanya ketentuan Dia
Sesuai namamu Halim
Ketenangan dan kelembutan
Sentiasa memberi kekuatan
Pada dirimu terselit asas juang
Bekal buat kami yang tinggal

Insan yang bernama Halim
Pendidik, Pemikir dan Pejuang
Dimana engkau sentiasa
Bicara soal tarbiyyah, mujahadah
Tak pernah lekang pada lisanmu
Keyakinan yang sentiasa tegar
Yang selalu ingatkan kami
Jangan bisa kecewa dan penat
Dalam memimpin umat dan bangsa

Kini yang tinggal hanya pesanan
Jasadmu berehat disana
Ditemani amalmu yang hebat
Kau menikmati segala juangmu
Hanya pesan yang kami ingati
“Jaga Tarbiyyah, Jangan Rebah
Dakwah bukan Jalan Mudah”

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun”

Nota Editor: Puisi ini dinukilkan khas oleh Ustaz Hasri Harun sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham Dr. Abdul Halim El-Muhammady yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 16 April 2026. Allahyarham dikenali sebagai tiang seri tarbiyyah dalam gerakan WADAH dan seorang pemikir Islam yang disegani.

DrAbdulHalim #WADAH #Belasungkawa #PencerdasanUmat #Tarbiyyah #TokohDakwah #EngkauYangLembut #HasriHarun

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
profesor adjung

Martabat Budaya Ilmu dan Pembangunan Masyarakat: Presiden WADAH Dato’ Ahmad Azam Dilantik Profesor Adjung Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil UNISEL

BESTARI JAYA, 10 September 2026 – Dunia keilmuan akademik dan gerakan dakwah masyarakat sivil melakar detik bersejarah apabila Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, secara rasminya menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Universiti Selangor (UNISEL). Pelantikan berprestij tersebut disempurnakan bersempena Majlis […]

Baca Lanjut
usrah selangor

Usrah WAP Selangor Himpun Tiga Generasi di AYG Bangi: Kupas Prinsip ‘Wasatiyah’ Sebagai Asas Pembinaan Masyarakat MADANI

BANDAR BARU BANGI, 27 Ogos 2026 – Memperkukuh ikatan ukhuwah merentas generasi serta menyelaraskan kefahaman fikrah harakah menjadi tunjang utama dalam penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Selangor bagi edisi Ogos 2026. Pertemuan bulanan yang dihoskan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor ini telah berlangsung dalam suasana penuh barakah bertempat […]

Baca Lanjut

Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil di UNISEL Shah Alam: Angkat Gagasan ‘Mizan al-‘Amal’ dalam Pembinaan Masyarakat MADANI

SHAH ALAM, 23 Ogos 2026 – Membina peradaban masyarakat yang maju menuntut keseimbangan neraca antara penguasaan ilmu, keteguhan nilai moral, serta amalan kebajikan yang berteraskan keadilan. Bagi memperhalusi kerangka penting ini, program Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil telah berjaya dianjurkan bertempat di Dewan Kuliah LT2, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam semalam. Wacana keilmuan berprestij […]

Baca Lanjut
wap selangor

Siri Bedah Buku PPAS x WADAH Selangor Kupas Karya ‘Mindset’: Rungkai Pemikiran ‘Growth’ dan ‘Fixed’ dalam Pembentukan Sahsiah Insan

SHAH ALAM, 21 Ogos 2026 – Budaya membaca dan tradisi membedah karya-karya pemikiran terpilih terus disuburkan sebagai teras pembinaan akal budi masyarakat melalui penganjuran rutin bulanan Siri Bedah Buku anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor. Bagi siri kali ini yang berlangsung di Shah Alam, tumpuan perbincangan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2305
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
772448
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini