Wanita Madani Bangkit Perkukuh Kesatuan

Kongsikan artikel ini :

“Now is the Time”: Presiden WADAH Seru Wanita Madani Bangkit Perkukuh Kesatuan Ummah

BANGI, 4 Oktober 2025 – “Now is the time!” demikian seruan Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ketika menyampaikan ucapan penuh semangat dalam Majlis Makan Malam Inspirasi Wanita Madani: Menyulam Peradaban Ummah yang berlangsung pada 4 Oktober 2025 di Royal Park Hotel, UNITEN Bangi.

Majlis makan malam ini diadakan sebagai pengisian khas sempena Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan 2025, menghimpunkan tokoh-tokoh wanita, aktivis gerakan Islam serta para pendokong dakwah dari seluruh negara. Antara yang hadir ialah Puan Hajah Nordiran Idris, Pengerusi Pertubuhan SALWA Malaysia; Prof. Madya Dr. Nur Izura Binti Udzir, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH); Tuan Haji Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung WADAH; serta Datuk Paduka Ahmad Kassim, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA.

Dalam ucapan yang sarat dengan renungan keagamaan dan seruan perjuangan, Dato’ Ahmad Azam menegaskan bahawa masanya telah tiba untuk umat Islam bangkit membina kekuatan dan kesatuan sejati, selepas lebih satu abad berdepan dengan penindasan dan penjajahan pemikiran oleh kuasa Zionis serta sistem global yang tidak adil.

“Masanya telah tiba. Ajal musamma bagi kezaliman Zionis sudah tamat. Kini kebangkitan sedang berlaku — bukan lagi dari dunia Islam, tetapi dari kalangan rakyat dan aktivis Barat yang menolak kezaliman dan menyokong perjuangan Palestin,” katanya disambut tepukan hadirin.

Menurutnya, kebangkitan global ini membuktikan bahawa Allah boleh menggantikan bangsa-bangsa yang lalai dengan bangsa lain yang berjuang ikhlas demi kebenaran, sekaligus menjadi isyarat besar bahawa zaman baru perjuangan Islam sedang bermula.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang muncul sebagai tokoh Islam berwibawa di pentas antarabangsa melalui pendekatan diplomasi yang tegas, matang dan berani dalam membela isu kemanusiaan sejagat.

“Selepas seratus tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, kini muncul seorang pemimpin dari dunia Islam yang berani mengangkat semula agenda keadilan dan kemanusiaan. Itu tanda masa telah tiba,” tegasnya.

Peranan Wanita Dalam Dakwah

Mengulas tema Inspirasi Wanita Madani: Menyelami Peradaban Ummah, presiden menekankan bahawa wanita memainkan peranan sangat penting dalam kesinambungan dakwah dan tarbiah, sebagaimana generasi awal wanita Islam yang berjuang bersama Rasulullah SAW.

“Mana-mana gerakan Islam yang berhenti daripada tarbiah dan kaderisasi, itulah permulaan kematiannya. Program boleh banyak, tetapi tanpa tarbiah dan pembinaan kader, perjuangan tidak akan berpanjangan,” katanya.

Generasi awal SALWA yang aktif sejak 1970-an perlu terus menurunkan ilmu, semangat, dan pengalaman kepada generasi muda agar sanad perjuangan tidak terputus.

“Kita ini umpama generasi sahabat. Kita melihat, memahami dan menghayati perjuangan ini sejak awal. Maka kita yang perlu mendidik dan melatih generasi baru,” ujarnya lagi.

Sesungguhnya perjuangan Islam bukan ruang untuk berehat atau bersantai.

“Jangan cipta alasan. Alasan duniawi akan membelit kita sampai ke mati. Tiada perkataan ‘rehat’ dalam kamus kehidupan pejuang. Yang ada hanyalah berjuang dan berjihad,”

Konsep Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri adalah kesinambungan kepada sunnah Rasulullah SAW ketika membina Kota Madinah — menegakkan keamanan, memupuk kesatuan dan menolak fahaman perkauman.

“Sunnah Nabi yang paling besar bukan hanya solat dan ibadah, tetapi membina tamadun dan keamanan. Rasulullah membina kota Madinah atas asas perpaduan Muhajirin dan Ansar, memecahkan tembok perkauman serta mengangkat nilai kemanusiaan sejagat,”

Umat Islam harus menolak fahaman ekstrem yang memecah-belahkan masyarakat dan menyeleweng daripada ajaran Rasulullah SAW. Menurut beliau, perjuangan Islam adalah tentang membina, bukan memusnahkan; menyatukan, bukan memecahkan.

Dalam bahagian akhir ucapannya, presiden mengajak seluruh ahli WADAH dan SALWA untuk memperkukuh kaderisasi dan tarbiah sebagai tulang belakang gerakan dakwah. Beliau turut mengumumkan pelancaran program baharu Tunas Nahdlatulian, satu inisiatif dakwah masyarakat akar umbi yang terbuka kepada semua lapisan rakyat tanpa diskriminasi.

“Kita perlu buka wadah seluas-luasnya. Siapa pun boleh hadir, tanpa tapis-tapis. Inilah semangat ABIM dan WADAH ketika mula ditubuhkan dahulu — gerakan massa yang menyantuni semua,” katanya sambil menyeru agar SALWA menjadi pemangkin kepada kebangkitan masyarakat wanita berjiwa dakwah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian penghargaan kepada aktivis wanita dan sesi doa penutup.

Majlis ini bukan sekadar pengisian rasmi, tetapi simbol kepada komitmen berterusan WADAH dan SALWA dalam memperkukuh peranan wanita sebagai penggerak ummah Madani. WADAH berpandangan bahawa inisiatif memperkukuh tarbiah, memperluas dakwah massa dan memperteguh kesatuan ummah adalah teras kepada kesinambungan perjuangan Islam di Malaysia dan rantau ini.

“Now is the time untuk kita bangkit sebagai umat yang membina peradaban — dengan ilmu, kasih sayang, dan perpaduan,” demikian seruan penutup Presiden WADAH mengakhiri majlis makan malam.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

KEBANGKITAN ISLAM 2.0 DALAM ERA PERUBAHAN GEOPOLITIK DUNIA: PERANAN GENERASI SAFWAH

Bismillahirrahmanirrahim. Saudara-saudari seperjuangan yang dirahmati Allah, Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Tautan Ukhuwwah Safwah yang dianjurkan oleh Safwah SALWA (Sekretariat Hal Ehwal Wanita WADAH) dapat diadakan sebagai titik pertemuan bersejarah bagi generasi ABIM dan PKPIM yang berusia 35 tahun ke atas. Majlis ini bukan sekadar nostalgia perjuangan lampau, tetapi […]

Baca Lanjut
ustaz dr abdul halim

UCAPAN MENGENANG JASA USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY OLEH DATO AHMAD AZAM AB RAHMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah di atas jalan dakwah hingga ke hari kiamat. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada tanggal 16 April 2026 bersamaan […]

Baca Lanjut

SUA WADAH ADAKAN PERBINCANGAN STRATEGIK PERKASA PROGRAM PENDIDIKAN & KOMUNITI DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 19 April 2026 – Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zaid, serta seorang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi meneliti beberapa inisiatif penting yang melibatkan pembangunan mahasiswa dan pengukuhan peranan komuniti. Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan program halaqah pelajar di bawah Pusat Islam […]

Baca Lanjut
Raya WAPS Pulau Pinang

MAJLIS RAYA AIDILFITRI WAPS PULAU PINANG PERKUKUH UKHUWAH, HARGAI LEGASI PERJUANGAN

Pulau Pinang, 18 April – Majlis Raya Aidilfitri WAPS Pulau Pinang yang menghimpunkan WADAH, ABIM, PEMBIMBING dan SALWA berlangsung meriah di SERI Ad Diniah, Sungai Bakap. Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, program ini menjadi ruang mempererat silaturahim antara pimpinan dan ahli gerakan, dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur. Kehadiran Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1105
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
433082
Klik Sini