Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa

Kongsikan artikel ini :

Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa: Membentuk Generasi Sihat & Bermaruah

Alor Setar, 27 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah menganjurkan Bengkel Kesihatan Reproduktif bertempat di Dewan Dato’ Sheikh Azmi Ahmad, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan kesihatan reproduktif yang sesuai kepada remaja supaya mereka lebih memahami serta menghargai tubuh badan. Ia juga digerakkan untuk membimbing remaja membuat keputusan yang bertanggungjawab, membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri, serta memberi kesedaran tentang nilai diri dalam menghadapi cabaran hidup. Program ini turut menekankan aspek pengetahuan biologi dan emosi, di samping memperkenalkan konsep abstinence sebagai pendekatan membendung perbuatan berisiko.

Seramai 50 pelajar berusia 13 hingga 16 tahun telah menyertai bengkel ini yang turut menekankan bahaya tingkah laku berisiko dalam kehidupan seharian.

Program telah berlangsung pada 27 September 2025 (Sabtu) dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Ia dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan pada jam 8.00 pagi sebelum sesi pertama bertajuk “Aspresiasi Diri” disampaikan oleh Puan Arina Abd Ghani. Sesi kedua menyusul pada jam 10.00 pagi bertajuk “Kesihatan Reproduktif dan Tingkah Laku Berisiko” yang dikupas oleh Dr. Shahrizal Azwan Samsudin, diikuti sesi ketiga pada jam 11.30 pagi bertajuk “Syabab Tolak Perilaku Seksual” yang disampaikan oleh Puan Maria Kamel.

Bengkel berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan sesi penutup, bergambar, makan tengah hari, serta bersurai.

Penyampaian para penceramah yang mesra, berfakta dan interaktif menjadikan bengkel lebih dekat dengan jiwa peserta. Para pelajar menunjukkan penglibatan aktif dengan bertanya soalan serta berkongsi pandangan sepanjang sesi berlangsung.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan atas sokongan pihak sekolah yang menghantar peserta serta penglibatan semua pelajar dalam menjayakan bengkel ini.

Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif dengan memberi kesedaran serta ilmu bermanfaat kepada remaja untuk memahami isu kesihatan reproduktif dengan lebih mendalam. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai usaha membimbing generasi muda ke arah gaya hidup sihat, bermaruah dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

BELASUNGKAWA: WADAH Berdukacita Atas Pemergian Tokoh Akademik dan Sastera, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid

BELASUNGKAWA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 88 tahun. Beliau merupakan mantan Pengerusi Kumpulan Prihatin dan Pengerusi Yayasan Penataan Ilmu. Pemergian Allahyarham merupakan […]

Baca Lanjut
reformasi

Membangun Negara Beradab: Reformasi Mesti Berpaksi Pada Kesabaran, Nilai dan Etika

Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika. Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya […]

Baca Lanjut
johor

Pemukiman Nahdah Johor: Hubungkan ‘Tiga Serangkai Krisis’ Moden dengan Ibrah Sirah Nabawiyyah

DESARU, 20 Jun 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan sinergi utuh bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah menganjurkan program kemuncak tahunan, Pemukiman Nahdah Johor. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar semalam telah berjaya mengumpulkan saf pimpinan, […]

Baca Lanjut
Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni

Diskusi Madani Bersama Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni: Mantapkan Integriti Ilmu, Maqasid Syariah dan Peranan Islah Gerakan Islam

PUTRAJAYA, 18 Jun 2026 – Satu wacana keilmuan antarabangsa berimpak tinggi bertajuk Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World telah berlangsung dengan jayanya semalam. Program hibrid yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya serta dipancarkan secara langsung melalui aplikasi Microsoft Teams ini telah menghimpunkan ratusan wakil pertubuhan bukan kerajaan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1359
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
572908
Klik Sini