Assalamualaikum TV AlHijrah: Keamanan Bukan Sekadar Tiada Peperangan
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri Harun, telah tampil dalam slot Assalamualaikumdi TV AlHijrah pada jam 9.00 pagi, membicarakan topik “Pelihara Nikmat Keamanan”.
Dalam sesi temubual bersama pengacara Dewi, Ustaz Hasri menjelaskan bahawa keamanan bukan sekadar ketiadaan pergaduhan atau peperangan, tetapi turut merangkumi ketenangan dalaman seperti keamanan akal, jiwa, dan pemikiran. Beliau menegaskan bahawa cabaran masa kini bukan hanya melibatkan konflik fizikal, tetapi juga “perang pemikiran” di media sosial yang mampu menjejaskan keharmonian masyarakat.
Menurut beliau, sikap tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat tanpa tapisan boleh menimbulkan rasa resah, keraguan, dan seterusnya menghakis keamanan negara. Ustaz Hasri mengingatkan kepentingan prinsip tabayyun – menyemak kebenaran sebelum menyebarkan sesuatu berita, apatah lagi jika ia berpotensi menimbulkan ketegangan kaum atau fitnah.
Beliau turut menekankan bahawa tanggungjawab memelihara keamanan adalah tanggungjawab bersama – individu, komuniti, dan kerajaan mesti bergerak seiring. Individu perlu bijak menolak pengaruh negatif, komuniti mesti mengutamakan kebersamaan berbanding konflik, sementara kerajaan pula wajib melaksanakan undang-undang yang melindungi kemaslahatan rakyat.
“Kalau semua pihak faham dan berperanan, Insya-Allah kita akan mencapai nikmat kemerdekaan dan keamanan secara berterusan,” ujar beliau.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, Ustaz Hasri menyeru rakyat Malaysia agar memperkukuh keamanan dengan menjauhi konflik tidak berkesudahan, mengutamakan perpaduan, serta menjadikan ilmu sebagai asas ketamadunan. Katanya, masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang menolak permusuhan, menyuburkan kesatuan, dan mengekalkan ketenangan dalam kehidupan seharian.
Beliau menutup bicara dengan peringatan bahawa menjaga keamanan adalah amanah kepada negara dan juga tanggungjawab kepada Allah SWT:
“Dengan adanya ketenangan, nikmat kemerdekaan dan keamanan dapat kita pelihara. Inilah tanggungjawab kita bersama.”
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]