Keluarga besar WADAH merakamkan rasa dukacita dan takziah atas pemergian Allahyarham.
Perginya seorang wira dakwah yang tak pernah ‘absent’ dalam perjuangan.
Masih terngiang di telinga tika beliau berbicara tiap kali ke Perak. Lantang,tegas dan tiada kompromi kepada sesiapa ahli Jamaah yang malas dan banyak perkiraan duniawi dalam berkorban.
Info Rasmi WADAH Perak: Dukacita dimaklumkan Tn. Hj. Wan Mad Mohtar bin Wan Sulaiman telah meninggal dunia, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.18 pagi ini di Hospital Manjung. Almarhum adalah ahli WADAH Perak yang istiqamah dan komited dengan jamaah dari muda hingga akhir hayatnya. Beliau bekas Guru KPM dan antara pengasas Sekolah SERI Al Ummah Manjung Perak. Beliau adalah adik kepada Ustaz Wan Ahmad Puad bin Wan Sulaiman.
Doakan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para solehin…Aminn Ya Rab.
Daripada Dato Hj Ahmad Azam Presiden dan AJKP WADAH PUSAT.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026 – Gabungan pertubuhan masyarakat sivil yang dipimpin oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dengan kerjasama Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan Sekretariat DAIE Madani, hari ini secara rasminya telah menyerahkan satu Memorandum Keprihatinan NGO berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Inisiatif penyerahan memorandum ini dilaksanakan sebagai […]
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 – Dalam mendepani era moden yang sarat dengan cabaran kejahilan dan kekeliruan maklumat (the clash of ignorance), usaha memartabatkan serta menyebarkan kalam suci al-Quran secara fizikal kekal menjadi salah satu tiang seri utama dalam membina peradaban ummah. Perkara ini ditegaskan sempena Majlis Peluncuran Percetakan Mushaf Al-Quran Terjemahan Bahasa Afghanistan yang meriah […]
STATEMENT OF CONDOLENCESWADAH – The Movement for an Enlightened Society إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ WADAH (Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) officially expresses its profound sadness and deep condolences following the solemn news of the passing of the Secretary General of Jamaat-e-Islami Pakistan, the late Ameer-ul-Azeem. He passed away after a prolonged battle with cancer. […]
KAJANG, 22 Julai 2026 – Pusat Infaq WADAH (PIW) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu majlis yang berlangsung di Anjung Rahmat, Sungai Merab, Kajang. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dana zakat berjumlah RM5,000.00 daripada PIW kepada PKPIM bagi menyokong urusan pentadbiran serta pelaksanaan aktiviti dakwah organisasi […]