Serlah Potensi dan Cinta Alam Anak-anak Orang Asli Sungai Gabai
Hulu Langat, 12 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah berjaya menganjurkan Kem Fitrah Rimba pada 11 dan 12 Jun 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Deruan Rimba, Sungai Gabai. Program selama dua hari satu malam ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang kanak-kanak Orang Asli dari kawasan sekitar Sungai Gabai, dengan bimbingan tiga orang guru pengiring – Cikgu Farouk, Cikgu Ayu dan Cikgu Tina – serta dibantu oleh pasukan urusetia WADAH dan empat orang sukarelawan.
Penganjuran Kem Fitrah Rimba bertujuan membina jati diri, mengasah kemahiran insaniah dan memperkukuh keyakinan diri peserta melalui pembelajaran secara tidak formal yang berpaksikan pendekatan luar bilik darjah. Program ini turut memberi penekanan kepada usaha menanam rasa kasih terhadap alam sekitar serta membudayakan semangat kerjasama dan komuniti dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Kolaj Cinta Alam, DIY Spray Nyamuk, BBQ, Lukisan Sambung Garisan & Cerita, serta Tapak Warna Beracun. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencungkil kreativiti dan kemahiran berfikir peserta, malah turut menerapkan nilai-nilai murni seperti kebersihan, keselamatan, ketangkasan serta kecintaan terhadap alam sekitar.
Dalam suasana perkhemahan yang santai dan mesra alam, peserta diberi ruang untuk belajar, bermain dan berinteraksi secara aktif, sambil mempelajari kaedah mudah untuk menghasilkan produk mesra alam dan memahami pentingnya menjaga sumber semula jadi. Aktiviti seperti Lukisan & Cerita pula berjaya menyerlahkan keunikan imaginasi kanak-kanak, manakala permainan fizikal seperti Tapak Warna Beracun meningkatkan daya tumpuan dan semangat berpasukan.
Guru-guru pengiring dan para sukarelawan sepakat bahawa program sebegini harus diteruskan dan diperluas agar lebih ramai anak-anak dari komuniti Orang Asli mendapat akses kepada peluang pendidikan tidak formal yang menyeronokkan dan bermakna. Mereka turut menekankan bahawa program seperti ini bukan sahaja mendidik tetapi juga mengeratkan hubungan antara komuniti luar bandar dengan para penganjur melalui platform kemasyarakatan yang inklusif dan harmoni.
Diharapkan pengalaman daripada Kem Fitrah Rimba ini menjadi kenangan berharga buat semua peserta dan mampu membentuk mereka menjadi individu yang lebih yakin diri, bersyukur serta mencintai alam sekitar sebagai sebahagian daripada warisan yang harus dipelihara dan diwarisi.
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Dalam suasana dunia yang semakin dihimpit ketidakpastian geopolitik, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) tampil menggariskan hala tuju strategik buat rakyat Malaysia. Presidennya, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, mengeluarkan seruan tegas agar seluruh warga negara memperkukuh benteng syukur dan kesatuan nasional sebagai respons terhadap ancaman global yang kian meruncing. […]
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Program Usrah Gabungan anjuran WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan peringkat negeri telah berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian bertempat di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB), malam tadi. Program yang bermula pada jam 7.30 malam itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta secara fizikal, selain turut dipancarkan secara langsung melalui platform media […]
KENYATAAN MEDIA 8 MEI 2026PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) ZOPFAN Kompas Strategik ASEAN 2026: Membina Masa Depan Serantau Bersama Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menegaskan bahawa Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bukan sekadar warisan diplomasi ASEAN era Perang Dingin, sebaliknya merupakan keperluan strategik yang semakin mendesak dalam menghadapi cabaran geopolitik dan […]
BELASUNGKAWA Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Ustaz Mohamad Saim bin Ithnin yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mei 2026 bersamaan 18 Zulkaedah 1447H. Beliau terlibat aktif sebagai ahli dan naqib Usrah Anjung Rahmat yang dilaksanakan setiap minggu. Beliau juga merupakan mantan […]