WADAH Anjur Diskusi Meja Bulat: RUU PSB & Isu Sosial PPR Sebagai Usaha Membina Bandar Baharu, Menyatukan Masyarakat
Bandar Baru Bangi, 26 Mei 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan satu Diskusi Meja Bulat bertemakan “RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) & Isu Sosial PPR: Membina Bandar Baharu, Menyatukan Masyarakat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel. Program ini diadakan bermula jam 9:30 pagi hingga 1:00 petang, menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pembangunan bandar, perumahan rakyat, dan kesejahteraan sosial.
Diskusi ini bertujuan menjadi platform perkongsian pandangan dan pengalaman antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli akademik serta wakil komuniti bagi merangka penyelesaian yang menyeluruh dan inklusif terhadap cabaran-cabaran berkaitan pembangunan semula bandar serta isu sosial yang melibatkan Perumahan Rakyat (PPR). Forum ini menyaksikan kehadiran kira-kira 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.
Antara ahli panel yang menyertai diskusi ini ialah Puan Azlina Ismail binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Operasi, Unit Penguatkuasaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS); Datuk Chang Kim Loong, Setiausaha Agung Kehormat, National House Buyers Association (NHBA); Dr. Syafiee bin Shuid, Pensyarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak; serta TPr Herlina Abd Aziz, Presiden Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA). Diskusi ini telah dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Nor Zalina binti Harun, Pensyarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dasar Keadilan Sosial
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan minum pagi, sebelum diteruskan dengan sidang meja bulat yang membincangkan RUU PSB dan isu-isu sosial berkaitan PPR. Diskusi berjalan dalam suasana yang interaktif dan konstruktif, diakhiri dengan sesi rumusan resolusi serta ucapan penutup. Program kemudiannya disusuli dengan jamuan makan tengah hari sebagai penutup rasmi.
Diskusi menegaskan bahawa sebarang dasar atau akta yang memberi impak besar kepada masyarakat bandar perlu dirangka dengan mengambil kira prinsip keadilan sosial, nilai kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat. WADAH komited untuk memainkan peranan sebagai suara masyarakat sivil melalui advokasi dasar, pendidikan masyarakat dan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk komuniti PPR, kampung tradisional, dan kawasan B40 yang terlibat secara langsung dengan pembangunan bandar.
Menurut Setiausaha Agung WADAH, Encik Azizuddin Ahmad, penganjuran diskusi ini mencerminkan komitmen WADAH dalam memainkan peranan sebagai jambatan pemikiran antara masyarakat sivil dan pembuat dasar, ke arah membina bandar yang lebih inklusif, berdaya huni dan menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.
IPOH, 16 Jun 2026 (Selasa) – Landskap kepimpinan wanita Islam di negeri Perak terus diiktiraf di peringkat tertinggi apabila Dr. Hjh. Farah Syazwani binti Mohamd Tarmizi, Ketua Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri Perak, telah dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij, Anugerah Tokoh Saidatina Khadijah. Pengiktirafan rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Perak ini diberikan sempena Majlis Sambutan Kemuncak […]
MANJUNG, 13 Jun 2026 (Sabtu) – Menyedari kepentingan membina jambatan ukhuwah and membentuk ekosistem sokongan sosial yang sihat dalam kalangan anak muda, Pusat Tunas Nahdah Parlimen Lumut telah mengambil inisiatif proaktif dengan menganjurkan Majlis Santai Hi-Tea Remaja. Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni and mesra ini telah diadakan di Restoran Walid dan Ummi, Manjung, […]
IPOH, 10 Jun 2026 (Rabu) – Bertempat di Pejabat Pengurusan Wadah Negeri Perak, satu detik bersejarah yang menjadi mercu tanda perkembangan institusi pendidikan Islam telah berjaya direkodkan melalui penganjuran Majlis Penyerahan Certificate Of Practical Completion (CPC) bagi Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU). Sijil CPC ini merupakan sebuah dokumen pengesahan teknikal and perundangan yang kritikal, menandakan bahawa […]
Puisi Mengenang Permata Ummah(Prof Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty) ITelah gugur sebutir permataBukan dari mahkota duniaTetapi dari taman ilmu dan takwaYang sinarnya menerangi jiwa manusiaPemergianmu mengundang hibaDi hati sahabat dan pencinta agamaKerana engkau bukan sekadar cendekiaTetapi murabbi yang membentuk jiwa IIEngkau melangkah dengan hikmahMenjulang ilmu tanpa kesombonganMembela kebenaran tanpa ketakutanPada bicaramu ada ketenanganPada tulisanmu ada […]