Wadah Pencerdasan Umat Malaysia mengucapkan takziah kepada Pertubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia dan seluruh ahli keluarga Allahyarham Hj. Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia yang telah meninggal dunia pagi tadi di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.
Bergiat aktif dalam kerja dakwah dan aktivisma, WADAH turut berdukacita atas pemergian beliau. WADAH berkesempatan bekerjasama dan hadir bersama Allahyarham serta pimpinan IKRAM yang lain dalam pelbagai program, wacana, himpunan dan perbincangan. Matlamat sama yang dikongsi dalam membina masyarakat Malaysia yang bersatu dan harmoni serta menyebar Islam yang Rahmah untuk semua menjadikan kerjasama yang dijalankan mudah dan lancar.
Moga Allah menerima segala amal kebaikan beliau dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.
* * * * *
Solat jenazah disempurnakan di Masjid UPM, Serdang selepas solat Zohor hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam bersebelahan Masjid Putra UPM.
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Dalam menghadapi landskap sosioekonomi dan politik dunia yang sarat dengan ketidaktentuan, gerakan Islam diingatkan agar sentiasa memelihara dua teras utama perjuangan iaitu keteguhan istiqamah serta kepatuhan thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan yang berpasak pada Tauhid. Amanat tersebut ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab […]
TANJUNG MAS, KOTA BHARU, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha menyusun semula kekuatan saf kepimpinan dan mempertajam hala tuju perjuangan dakwah sivil di peringkat negeri, seramai 111 orang aktivis dan barisan pimpinan gabungan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), SALWA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kelantan telah berhimpun menjayakan […]
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026 – Gabungan pertubuhan masyarakat sivil yang dipimpin oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dengan kerjasama Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan Sekretariat DAIE Madani, hari ini secara rasminya telah menyerahkan satu Memorandum Keprihatinan NGO berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Inisiatif penyerahan memorandum ini dilaksanakan sebagai […]
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 – Dalam mendepani era moden yang sarat dengan cabaran kejahilan dan kekeliruan maklumat (the clash of ignorance), usaha memartabatkan serta menyebarkan kalam suci al-Quran secara fizikal kekal menjadi salah satu tiang seri utama dalam membina peradaban ummah. Perkara ini ditegaskan sempena Majlis Peluncuran Percetakan Mushaf Al-Quran Terjemahan Bahasa Afghanistan yang meriah […]