TUNAS NAHDAH GOMBAK: PERKASA BACAAN AL-QURAN

Kongsikan artikel ini :

Program Komuniti Pertama Tunas Nahdah Gombak Berjalan Lancar

10 Januari 2026, Gombak – Alhamdulillah, hari ini berlangsung dengan jayanya program komuniti pertama Tunas Nahdah Gombak, yang turut melibatkan kelas Iqra’ al-Quran untuk wanita di Hulu Klang, Parlimen Gombak. Kelas yang diadakan di Surau Hidayah Estana Court, Kampung Pasir ini bermula dengan semangat untuk memperbaiki bacaan al-Quran dan solat dalam kalangan masyarakat setempat.

Kelas Iqra’ al-Qur’an diadakan setiap minggu pada hari Jumaat dan Ahad, bermula jam 9 pagi. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif lanjutan yang melibatkan perjumpaan dengan tiga Ketua Kampung di Hulu Klang iaitu Tok Farouk (Kg Pasir), Tok Zohari (Kg Kemensah), dan Tok Alif (Kg Klang Gate). InshaAllah, program-program lain yang bermanfaat akan menyusul tidak lama lagi.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, untuk memperbaiki bacaan al-Qur’an mereka, terutamanya bacaan surah Al-Fatihah dalam solat. Selain itu, aspek lain yang turut ditekankan adalah perbaikan cara berwudhu yang betul.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk menjadi platform bagi mengumpulkan para asatizah yang berkelayakan untuk mengajar di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), memperkasakan masyarakat setempat dengan ilmu agama yang sahih. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi saudara Irsyad, eksekutif sekretariat WADAH Pusat di talian 013-6412641.

Salah seorang peserta kelas Iqra’ al-Qur’an di Surau Hidayah Estana Court, Kampung Pasir, juga turut membuat rakaman video bagi kelas Iqra’ al-Qur’an minggu kedua yang bermula pada 10 Januari 2025. Video tersebut boleh ditonton untuk memberikan gambaran lebih jelas tentang aktiviti yang sedang dijalankan, sebagai langkah awal menggerakkan aktiviti Pusat Tunas Nahdah Gombak.

Program ini selaras dengan matlamat penubuhan Pusat Tunas Nahdah, iaitu untuk mengadakan kelas-kelas Tasawur Islam, pengajian dan tadabur Al-Qur’an, serta kelas pengajian kitab dan bedah buku secara berkala kepada ahli masyarakat. Pusat Tunas Nahdah ini dilihat mampu menyokong kerajaan dalam merealisasikan agenda pengukuhan tauhid dan ibadat dengan pendekatan yang wasathiyah, demi melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Semoga Pusat Tunas Nahdah ini dapat membantu masyarakat setempat dalam pembangunan diri, keluarga, dan masyarakat, serta menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

BELASUNGKAWA: WADAH Berdukacita Atas Pemergian Tokoh Akademik dan Sastera, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid

BELASUNGKAWA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 88 tahun. Beliau merupakan mantan Pengerusi Kumpulan Prihatin dan Pengerusi Yayasan Penataan Ilmu. Pemergian Allahyarham merupakan […]

Baca Lanjut
reformasi

Membangun Negara Beradab: Reformasi Mesti Berpaksi Pada Kesabaran, Nilai dan Etika

Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika. Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya […]

Baca Lanjut
johor

Pemukiman Nahdah Johor: Hubungkan ‘Tiga Serangkai Krisis’ Moden dengan Ibrah Sirah Nabawiyyah

DESARU, 20 Jun 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan sinergi utuh bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah menganjurkan program kemuncak tahunan, Pemukiman Nahdah Johor. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar semalam telah berjaya mengumpulkan saf pimpinan, […]

Baca Lanjut
Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni

Diskusi Madani Bersama Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni: Mantapkan Integriti Ilmu, Maqasid Syariah dan Peranan Islah Gerakan Islam

PUTRAJAYA, 18 Jun 2026 – Satu wacana keilmuan antarabangsa berimpak tinggi bertajuk Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World telah berlangsung dengan jayanya semalam. Program hibrid yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya serta dipancarkan secara langsung melalui aplikasi Microsoft Teams ini telah menghimpunkan ratusan wakil pertubuhan bukan kerajaan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1587
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
570640
Klik Sini