PEMANTAPAN NILAI IHSAN JIWA MADANI

Kongsikan artikel ini :

Program Pemantapan Nilai Ihsan Jiwa Madani Tingkatkan Kepimpinan Inklusif dan Empati Terhadap OKU

Gombak, 3 Disember 2024 – Disability Services Unit (DSU), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Pertubuhan Advo OKU Sejahtera, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Salwa Wilayah Persekutuan (WP), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berjaya menganjurkan program Disability Equality Training and Inclusive Leadership (DETAIL). Program ini diadakan di Banquet Hall, Bangunan Muhammad Abdur Rauf, IIUM Gombak dengan penyertaan pelbagai organisasi yang komited dalam mempromosikan nilai inklusiviti dan empati.

Dengan motto “Cakna OKU – Cakna Rasulullah”, program ini bertujuan memperkasakan peserta untuk menjadi pemimpin yang inklusif dan menyantuni keperluan komuniti OKU. Pendekatan ini menyeru masyarakat untuk menghidupkan sunnah Rasulullah yang menitikberatkan keprihatinan terhadap golongan memerlukan, termasuk OKU.

Program ini seiring dengan konsep nilai Ihsan dalam rukun MADANI. Ihsan merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Demikian, mengasihi orang lain – keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya, terutamanya kelompok minoriti. Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya.

Program ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin, Ketua Unit dan Penasihat DSU UIAM, yang juga merupakan ahli aktif WADAH. Beliau menekankan bahawa usaha memperkasakan komuniti OKU tidak hanya memerlukan empati, tetapi juga pendekatan kepimpinan yang strategik dan inklusif. Program ini berjaya menarik 36 peserta dari organisasi seperti WADAH, Salwa, ABIM, PKPIM, KUDHUS, dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Antara pengisian menarik termasuk sesi ceramah, pembelajaran pengalaman (experiential learning), sesi perkongsian oleh panelis OKU, dan perbincangan kumpulan. Aktiviti ini memberikan peserta peluang untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU sambil meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

Menurut Prof. Dr. Ruzita, program ini juga berperanan memperkukuhkan kerjasama antara NGO gerakan Islam dalam memperjuangkan hak-hak OKU. Dengan peruntukan sebanyak RM1,200, program ini merangkumi elaun panelis OKU, sekretariat, dan pengacara majlis. Perbelanjaan ini menunjukkan komitmen pihak penganjur dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan program.

Di akhir program, peserta menyuarakan rasa syukur atas peluang ini dan berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan. Program yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 2:00 petang ini berjaya mencapai matlamatnya untuk meningkatkan kesedaran, empati, dan komitmen dalam memperkasakan masyarakat OKU, selari dengan nilai-nilai Islam yang inklusif.

Disediakan oleh:
Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin
Ketua Unit, DSU UIAM
Ahli Salwa Wilayah Persekutuan

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Usrah Gabungan WADAH WP: Menghayati Fiqh Keutamaan dan Kedamaian dalam Masyarakat

BUKIT BINTANG, 8 April 2026 – Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) sekali lagi menjadi saksi kepada penganjuran Usrah Gabungan Bulanan anjuran WADAH Wilayah Persekutuan yang dihadiri lebih 100 orang peserta. Program yang berlangsung pada 19 Syawal 1447H ini bukan sekadar pertemuan rutin, tetapi merupakan medan diskusi intelektual dan pengukuhan rohani yang sangat bermakna. Majlis dimulakan […]

Baca Lanjut

Sambutan 20 Tahun WADAH: Menghargai Sejarah, Memeta Masa Depan

SUNGAI MERAB, 5 April 2026 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri WADAH 1447H tahun ini berlangsung dengan penuh signifikan apabila turut menjadi saksi kepada pelancaran sambutan Dua Dekad (20 Tahun) penubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Majlis yang diadakan di Anjung Rahmat, Sungai Merab Luar ini dihadiri oleh ratusan tetamu termasuk tokoh-tokoh masyarakat, pimpinan NGO, serta […]

Baca Lanjut

YOU-LEAD: Membina Legasi Kepimpinan Muda MADANI Bersama PKPIM

KUALA LUMPUR, 2 April 2026 – Young Leadership Programme (YOU-LEAD) anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan 40 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara. Program tiga hari yang bermula pada 31 Mac ini bertujuan melahirkan agen perubahan yang […]

Baca Lanjut

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar: Tradisi Tahunan Memperteguh Rohani Petugas WADAH

17 Mac 2026 – Semangat ukhuwwah dan kecintaan terhadap Kalam Allah menyemarakkan lagi Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Petugas WADAH 2026 yang berlangsung dengan penuh hiba dan kesyukuran hari ini. Program tahunan yang menjadi identiti WADAH dalam menyambut bulan Ramadan ini menghimpunkan seluruh petugas, aktivis, dan pelajar praktikal (intern) dalam satu majlis yang penuh barakah. […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
416
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
420639
Klik Sini