Prinsip-Prinsip Utama Mengangkat Martabat NAHDAH UMAT 2.0 berdasarkan Pemikiran Siddiq Fadhil – perwakilan SABAH
Dalam ucapan perbahasan daripada perwakilan Sabah, Hj Abdul Manap Mahmud, pengerusi WADAH Sabah memulakan dengan mengucapkan tahniah kepada WADAH pusat atas kejayaan menambaikkan isi kandungan muktamar kali ini.
Ucapan Dato presiden, telah memberi definasi baru WADAH ialah gerakan generasi pencetus kebangkitan Islam yang telah melalui simpang siur perjuangan. Memacu kebangkitan 2.0 dalam pembangunan bangsa dan negara mestilah bertunjangkan tanggungjawab mengangkat martabat kemuliaan insan sejagat. Karamah Insaniah – kemuliaan insan sejagat atau human dignity setiap warganya perlu dihormati, dibangun, dipelihara dan dipertahankan. Oleh sebab itu pembangunan negara dan bangsa harus berpaksi kepada keyakinan, nilai, akhlak dan tatakelola yang adil dan berkesan.
Beliau yakin gerakan kita harus memperkukuhkan philosophy framework bagi setiap cabaran disamping terus memupuk kesuburan idealism kita juga harus mengnali reality dan berani menanganinya. Gerakan Islam yang dewasa dan matang tidak selamanya befungsi sebagai pressure group tapi berorientasikan problem solving.
Dalam menghadapai cabaran sekarang, kita perlu memiliki keupayaan untuk mengesan sesuatu yang baharu dan perubahan yang sedang berlaku. Zaman pasca-normal menggambarkan perubahan, kompleks, kontradik dan kecelaruan 2 Malaysia memerlukan naratif segar membangunkan karakter bangsa Malaysia melalui pendekatan inklusif kerangka besar kepelbagaian dalam bingkai kesatuan. Naratif meraikan kekuatan dan pengalaman.
Tugas kita sebagai pendakwah, menyampaikan apa yang benar dan baik buat umat dan masyarakat . Manhaj dakwah kita adalah dakwah para mursalin adalah mentawhidkan Allah dan membangunkan masyarakat. Kita kembalikan kekuatan kita dengan membina umat yang berkualiti serta mengangkat martabat umat. Semoga kita, ahli WADAH sekelian, dapat membawa mesej ucapan dasar kali ini kepada seluruh ahli dan jentera gerakan kita agar kita kembalikan kegemilangan wadah gerakan kita di tanah air.
DESARU, 20 Jun 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan sinergi utuh bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah menganjurkan program kemuncak tahunan, Pemukiman Nahdah Johor. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar semalam telah berjaya mengumpulkan saf pimpinan, […]
PUTRAJAYA, 18 Jun 2026 – Satu wacana keilmuan antarabangsa berimpak tinggi bertajuk Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World telah berlangsung dengan jayanya semalam. Program hibrid yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya serta dipancarkan secara langsung melalui aplikasi Microsoft Teams ini telah menghimpunkan ratusan wakil pertubuhan bukan kerajaan […]
KAJANG, 18 Jun 2026 – Bertempat di Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, satu wacana pemikiran berimpak tinggi telah berlangsung semalam menerusi penganjuran Siri Forum Kepimpinan Madani. Program anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama institusi pendidikan ini berjaya menghimpunkan para akademik, pimpinan masyarakat, dan mahasiswa bagi merumuskan formula komprehensif dalam melahirkan […]
Firman Allah سبحا نه وتعالي: وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Al Isra’:36) ayat: Alhamdulillah, segala puji bagi […]