UCAPAN DASAR MISI UMMATIK

Kongsikan artikel ini :

UCAPAN DASAR
MISI UMMATIK: KERANGKA BUDAYA DAMAI DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN GEOPOLITIK DUNIA

Amanat pimpinan dalam Muktamar Nasional WADAH ke 18, di IDCC dengan mengingatkan kepada mutamirin mengambil iktibar akan keyakinan dan ketabahan perjuangan umat terdahulu dengan pelbagai cabaran dan ujian dalam menegakan kalimah Tauhid dan menyebarkan kebenaran.

Ini di ikuti dengan semangat misi Fiqh Taayush -membina rukun damai dalam masyarakat majmuk terzahir dalam sirah Rasulullah saw, harus kita perluaskan ke dalam masyarakat kita dan juga kepada kamuniti ASEAN. Ianya menajadi misi penting gerakan dakwah masa kini.

Namun sebagaimana biasa, perkara yang baik akan diselangi dengan cabaran. Pemikiran ekstrem, radikalism, sifat ghuluw, jumud, perkauman yang melampaui batas, tamak kuasa dan fitnah mengadu domba sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat. Malah ianya menjadi tabiat dari se usiamuda sehingga lah ke masjid-masjid.

Kehadiran gelombang AI dan digitalisasi sudah memberi kesan impak kepada dakwah.Kita hendaklah berwaspada di mana kemajuan teknologi yang tidak disandarkan pada nilai-nilai manusiawi akan membawa kesan negatif  dan merbahaya kepada komuniti. Dalam sudut perkembangan ekonomi, WADAH merasakan usaha yang telah dan akan datang oleh PMX akan membawa era baru negara Kita yakin ekonomi akan lebih mampan dimana tumpuan kepada pemerkasaan modal insan, pendidikan dan kesihatan.

Melestarikan fikrah madani dalam komuniti ASEAN, WADAH mecadangkan lima (5) langkah yang boleh disumbangkan oleh gerakan Islam;

  1. Menggalakkan kerjasama pergerakkan dakwah serantau bagi memperkasakan kesejahteraan komuniti ASEAN dengan menubuhkan MACASID (Madani Centre for ASEAN Community: Social Innovation and evelopment)
  2. Meningkatkan program pelatihan dan kepimpinan di peringkat serantau.
  3. Memperkasa perkongsian penyelidikan dan sumber makumat dakwah Asia Tenggara.
  4. Memperkasa institusi masjid serantau..
  5. Meningkatkan kerjasama pembangunan ekonomi komuniti serantau.

WADAH adalah generasi pencetus kebangkitan Islam 70an yang telah melalui zaman getir penubuhannya  kemudian mempelopori sistem model Pendidikan, sosial dan kewangan Islam dan di uji tribulasi reformasi sehinggalah misi menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Perjuangan dakwah ini adalah perjuangan yang getir dan panjang dan hanya pejuang yang yakin akan pertolongan Allah, istiqamah dan sabar sahaja yang mampu memikul beban amanah mulia ini.

Maka tetaplahEngkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu dan orang yang bertaubat bersamamu, janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat terhadap apa yang kamu kerjakan”

Surah Hud : 11-12

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM
bowling komuniti

ERATKAN UKHWWAH KOMUNITI : EMPAT PETUGAS WADAH SAHUT CABARAN PERTANDINGAN BOWLING AYG 2026

BANGI, 23 Mei 2026 – Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pertubuhan belia serta menyuburkan budaya gaya hidup sihat, empat orang petugas daripada Sekretariat WADAH Pusat telah tampil menyahut cabaran dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG 2026. Pertandingan yang berlangsung meriah itu telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Tingkat 3, Bangi Gateway, semalam. WADAH kali ini […]

Baca Lanjut

PUSAT INFAQ WADAH SANTUNI PELAJAR KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Kajang, 22 Mei – Program Jamuan Kasih Pelajar al-Hikmah telah berlangsung di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang, menghimpunkan para pelajar dalam suasana penuh ukhuwah, kesyukuran dan kebersamaan. Program ini turut dihadiri oleh petugas Sekretariat WADAH Pusat, yang bersama-sama menyantuni para pelajar serta menzahirkan sokongan terhadap usaha membina ekosistem pendidikan yang berteraskan kasih sayang, adab dan kepedulian. […]

Baca Lanjut
selat hormuz

KRISIS SELAT HORMUZ & KEDAULATAN DIGITAL : PRESIDEN WADAH GESA KPM RANGKA KURIKULUM ‘TEKNOLOGI MANDIRI’ BERASASKAN AI

PUTRAJAYA, 22 Mei 2026 – Di sebalik kehangatan pergolakan geopolitik di Selat Hormuz yang sedang menghimpit ekonomi dunia, pasak pertahanan dan masa depan sesebuah negara kini tidak lagi sekadar bergantung kepada kekuatan ketenteraan, sebaliknya ditentukan oleh kedaulatan digital dan penguasaan teknologi. Menyedari hakikat ini, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman, […]

Baca Lanjut
YANG DI-PERTUAN AGONG

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAIWP KEPADA PRESIDEN WADAH

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap serta mengurniakan surat cara pelantikan kepada 22 Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2026–2028. Istiadat rasmi yang penuh gilang-gemilang itu telah berlangsung di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara pada 18 […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
543
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
535942
Klik Sini