MAJLIS JAMUAN RAYA USRAH WADAH PUSAT 1445H

Kongsikan artikel ini :

20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah Usrah WADAH Pusat telah mengadakan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 1445H bertempat di Anjung Rahmat, Sg. Merab. Majlis dihadiri oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty (Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW)), Prof Dr Tengku Hasanudin Yusof (Ketua Ahlul Halli Wal Aqdi dari Acheh), Ustaz Daniftal (Ahli Dewan Ahlul Halli Wal Aqdi dari Palembang), Ustaz Rosli Iskandar (Wakil Malaysia Ahlul Halli Wal Aqdi) dan Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Shamsudin (Presiden ABIM). Dato’ Ahmad Azam dalam ucapan beliau mengingatkan tentang kebangkitan semangat baru dunia Islam berdasarkan peristiwa di Gaza yang membuka peluang hidayah kepada orang Barat seterusnya membuka topeng kemunafikan pihak-pihak berkepentingan. Selain itu, Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty juga menyampaikan pesanan bahawa bulan Syawal ini merupakan medan untuk melakukan tazkiyatun nafs; pembersihan jiwa kembali kepada fitrah agar semua umat Islam menjadi yang lebih baik dan kuat bagi menghadapi bulan mendatang. Bersama kita raikan Syawal dengan rasa syukur dan saling bersilaturrahim tanpa melupakan nasib umat Islam yang teraniaya di seluruh dunia.













































Berita Wadah|Berita Wadah - BM

KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan Bantu Siswa Siswi Kurang Berkemampuan

SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian. Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut

SALAM TAKZIAH

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.” Dengan penuh dukacita, WADAH merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam, seorang tokoh ilmuwan, sarjana dan intelektual negara yang amat dihormati, serta merupakan pengasas dan ahli Profesor Melayu G70. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademia dan pemikiran intelektual tanah […]

Baca Lanjut

Ekonomi Islam Berkat dan Mampan Melalui Jiwa Ummatik

Semangat Ummatik Dalam Agenda Pemberdayaan Ekonomi Umat PUTRAJAYA, 22 Oktober 2025 — Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) perlu terus menjadi institusi pemangkin yang menjelmakan semangat Ummatik dalam setiap agenda pemberdayaan ekonomi umat. Berucap dalam Program Bicara Madani: YAPEIM dan Semangat […]

Baca Lanjut

Memorandum Malaysia Kekal Suara Nurani Dunia

Penyerahan Memorandum Sokong Usaha Perdana Menteri Bawa Suara Malaysia di Pentas Dunia PUTRAJAYA, 24 Oktober 2025 — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menegaskan sokongan kukuh terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membawa suara Malaysia ke pentas antarabangsa, khususnya bersempena pertemuan rasmi beliau bersama Presiden Amerika Syarikat dalam rangka Persidangan US–ASEAN melalui penyerahan Memorandum […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1433
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
119014
Klik Sini