TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL AGAMA LUNCUR KEMPEN SALAM RAMADAN 1445H WADAH

Kongsikan artikel ini :

9 Mac 2024, KUALA LUMPUR – Alhamdulillah, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Kempen Salam Ramadan 1445H WADAH di Majlis Pra – Peluncuran Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB). Kempen Salam Ramadan 1445H WADAH meliputi program bantuan barangan asas, pembangunan rohani, pemantapan ibadah dalam penghayatan sepanjang bulan Ramadan dengan penyasaran kepada golongan muallaf, orang asli serta orang kurang upaya selain asnaf dan juga miskin.  Turut dilancar kempen Sinar Ramadan 2024/1445H dan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dikendalikan oleh ABIM.  Hadir sama, Datuk Mohd Ajib Ismail (Pengarah JAWI), Tn. Azizuddin Ahmad (Setiausaha Agung WADAH), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Presiden ABIM), Sdr. Dzul Aiman Zulkefly (Presiden PKPIM), Ust. Dr. Ab Halim Muhammad (Pengerusi IOAC), Tn. Hj. Hamdan Mohd Hassan (IOAC Penang) serta rakan-rakan strategik yang komited dalam agenda dakwah dan pemerkasaan Islam di Malaysia.  OOB yang terletak di Jalan 1, Bukit Bintang merupakan pusat khidmat masyarakat dan dakwah yang bakal membuka ruang dakwah yang lebih terbuka dan inklusif di kawasan pelancongan.  Moga usaha dakwah terus dapat diperluas dan diperkasa melalui OOB dan kawasan sekitarnya, inshaAllah.  #SalamRamadan1445H#PencerdasanUmat#NahdahUmat








































Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2945
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
984342
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini