15 KELUARGA KG ORANG ASLI TERIMA SUMBANGAN SEKAMPIT BERAS PUSAT INFAQ WADAH (PIW)

Kongsikan artikel ini :

17 Mac 2024, SEPANG – Alhamdulillah, Pusat Infaq WADAH (PIW) telah berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 15 buah keluarga daripada Kg. Orang Asli Bagan Lalang.  Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Sulaiman, Pengerusi PIW. Turut hadir, Tn. Hj. Kamin Samadi (WADAH) serta Hj. Mustar bin Kayon, Pengerusi PGA (Kg. Orang Asli Pantai Bagan Lalang).  Sumbang berupa sekampit beras serta makanan asas keperluan harian. Moga ianya membantu meringankan beban keluarga penerima. Terima kasih kepada semua penyumbang!  * * * * * Kempen SALAM RAMADAN 1445H * Program Mukhayyam Ramadan* Bengkel Ceria Ramadan* Bubur Salam Ramadan* Pek Ceria Raya (Berkeperluan, Orang asli, Golongan Kurang Upaya, Muallaf)* Bicara Nur Ramadan* Tafsir Tanwiri Khaas Ramadan  Ayuh berinfaq bersama!  Salurkan sumbangan anda ke:Persatuan Wadah Pencerdasan Umat MalaysiaMaybank 562834623920@ Scan QR Code pada poster untuk pembayaran atas talian.  Terima kasih kepada semua penderma budiman!










Berita Wadah|Berita Wadah - BM

BELASUNGKAWA: WADAH Berdukacita Atas Pemergian Tokoh Akademik dan Sastera, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid

BELASUNGKAWA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 88 tahun. Beliau merupakan mantan Pengerusi Kumpulan Prihatin dan Pengerusi Yayasan Penataan Ilmu. Pemergian Allahyarham merupakan […]

Baca Lanjut
reformasi

Membangun Negara Beradab: Reformasi Mesti Berpaksi Pada Kesabaran, Nilai dan Etika

Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika. Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya […]

Baca Lanjut
johor

Pemukiman Nahdah Johor: Hubungkan ‘Tiga Serangkai Krisis’ Moden dengan Ibrah Sirah Nabawiyyah

DESARU, 20 Jun 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan sinergi utuh bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah menganjurkan program kemuncak tahunan, Pemukiman Nahdah Johor. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar semalam telah berjaya mengumpulkan saf pimpinan, […]

Baca Lanjut
Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni

Diskusi Madani Bersama Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni: Mantapkan Integriti Ilmu, Maqasid Syariah dan Peranan Islah Gerakan Islam

PUTRAJAYA, 18 Jun 2026 – Satu wacana keilmuan antarabangsa berimpak tinggi bertajuk Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World telah berlangsung dengan jayanya semalam. Program hibrid yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya serta dipancarkan secara langsung melalui aplikasi Microsoft Teams ini telah menghimpunkan ratusan wakil pertubuhan bukan kerajaan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
530
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
572079
Klik Sini