WADAH PENCERDASAN UMAT

PROGRAM BUBUR LAMBUK SALWA WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA KOMUNITI AKAR BUDI CENTER

17 Mac 2024, KUALA LUMPUR – Alhamdulillah telah terlaksana Program Bubur Lambuk bersama sukarelawan dan komuniti Akar Budi Centre UIAM di Batu 11. Proses gotong-royong dilakukan bersama bermula daripada penyediaan bahan, proses memasak dan seterusnya agihan.   Selain dapat bersedekah, program ini juga bertujuan merapatkan silaturrahim serta memupuk semangat kerjasama erat sesama komuniti dan sukarelawan yang terlibat.  AJK Salwa Wilayah Persekutuan turut sempat berbincang merancang dan melaksanakan beberapa lagi program dakwah melalui khidmat bakti kepada masyarakat dengan lebih meluas dan tersasar dalam lingkaran kemampuan ahli.













Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi