WAP KEDAH & YADIM KOLABORASI ANJUR FORUM MALAYSIA MADANI

Kongsikan artikel ini :

21 September 2023, ALOR SETAR – Forum Perdana bertajuk ‘Melestarikan Malaysia Madani Penuh Hikmah’, kolaboratif YADIM bersama ‘Ijtima’ Harakiy’ Forum Perdana dan Qiayamullail Perdana telah dilaksanakan di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin. Forum menampilkan Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Encik Amidi Abdul Manan, Setiausaha ABIM Pusat, Encik Mohammad Fazril Mohd Salleh serta Setiausaha Agung PKPIM Pusat, Muhamad Dzul Aiman Zulkifly sebagai ahli panel dan diperantara oleh Naib Yang Dipertua ABIM, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain.

Program telah dihadiri 250 peserta daripada kalangan ahli ABIM, PKPIM dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) di Kedah.

Dalam ucaptama yang disampaikan Timbalan Yang Dipertua YADIM, beliau menerangkan peranan YADIM sebagai lidah kerajaan dalam memberi kefahaman gagasan Malaysia Madani kepada segenap masyarakat di negeri ini dan peranan NGO bagi bersama-sama dalam menjayakannya.

Semoga program yang dilaksanakan akan memberi impak yang berkesan dalam membangunkan masyarakat Madani di Malaysia.

Kredit: fb Yadim Kedah





Berita Wadah|Berita Wadah - BM

KEBANGKITAN ISLAM 2.0 DALAM ERA PERUBAHAN GEOPOLITIK DUNIA: PERANAN GENERASI SAFWAH

Bismillahirrahmanirrahim. Saudara-saudari seperjuangan yang dirahmati Allah, Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Tautan Ukhuwwah Safwah yang dianjurkan oleh Safwah SALWA (Sekretariat Hal Ehwal Wanita WADAH) dapat diadakan sebagai titik pertemuan bersejarah bagi generasi ABIM dan PKPIM yang berusia 35 tahun ke atas. Majlis ini bukan sekadar nostalgia perjuangan lampau, tetapi […]

Baca Lanjut
ustaz dr abdul halim

UCAPAN MENGENANG JASA USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY OLEH DATO AHMAD AZAM AB RAHMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah di atas jalan dakwah hingga ke hari kiamat. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada tanggal 16 April 2026 bersamaan […]

Baca Lanjut

SUA WADAH ADAKAN PERBINCANGAN STRATEGIK PERKASA PROGRAM PENDIDIKAN & KOMUNITI DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 19 April 2026 – Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zaid, serta seorang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi meneliti beberapa inisiatif penting yang melibatkan pembangunan mahasiswa dan pengukuhan peranan komuniti. Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan program halaqah pelajar di bawah Pusat Islam […]

Baca Lanjut
Raya WAPS Pulau Pinang

MAJLIS RAYA AIDILFITRI WAPS PULAU PINANG PERKUKUH UKHUWAH, HARGAI LEGASI PERJUANGAN

Pulau Pinang, 18 April – Majlis Raya Aidilfitri WAPS Pulau Pinang yang menghimpunkan WADAH, ABIM, PEMBIMBING dan SALWA berlangsung meriah di SERI Ad Diniah, Sungai Bakap. Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, program ini menjadi ruang mempererat silaturahim antara pimpinan dan ahli gerakan, dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur. Kehadiran Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1049
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
434776
Klik Sini