BAHAYA LIDAH – ANTARA KEBENARAN DAN FITNAH DI ZAMAN KINI

Kongsikan artikel ini :
usrah gabungan

Firman Allah سبحا نه وتعالي:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Al Isra’:36) ayat:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah سبحا نه وتعالي yang mengurniakan kita ni’mat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم , yang telah mengajar kita adab kehidupan, termasuk dalam menjaga lidah.

Dalam Surah al-Syu‘arā’ ayat 225–226, Allah سبحا نه وتعالي berfirman:

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

“Tidakkah engkau melihat bahawa mereka mengembara di setiap Lembah dan mereka mengatakan apa yang mereka tidak lakukan.”

Para ulama tafsir seperti Imam al-Tabari, Ibn Kathir dan al-Qurtubi menjelaskan bahawa ayat ini merujuk kepada penyair jahiliah yang bercakap tanpa kebenaran. Mereka tidak tetap pendirian, bercakap mengikut emosi dan kepentingan, serta mempermainkan kata-kata tanpa tanggungjawab.

Hakikatnya, ayat ini bukan sekadar kisah zaman dahulu. Ia sangat relevan dengan keadaan masyarakat hari ini. Jika dahulu “penyair” menyebarkan kata-kata melalui syair, hari ini setiap orang boleh menjadi “penyair moden” melalui media sosial, ucapan awam, bahkan perbualan harian. Lebih membimbangkan, banyak kata-kata disebarkan tanpa semakan, tanpa bukti, bahkan kadangkala bertujuan menjatuhkan orang lain cecara tidak benar dan kejam.

Dalam dunia politik misalnya, kita sering melihat tuduhan dilemparkan tanpa dalil yang jelas. Kata-kata digunakan untuk mempengaruhi emosi rakyat, bukan untuk menegakkan kebenaran. Hari ini memuji, esok mencela,semuanya bergantung kepada kepentingan. Inilah gambaran “mengembara di setiap lembah” yang disebut oleh al-Qur’an.

Islam amat menitikberatkan penjagaan lidah:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ قَالَ مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

Dari Sahl ibn Sa’din رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ,Rasulullah صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم bersabda: “Sesiapa yang menjamin untukku apa yang di antara dua rahangnya (lidah), aku jamin baginya syurga.” (Soheh al-Bukhari)

Dalam hadis lain, Baginda صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ fَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata baik atau diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberi satu prinsip yang sangat mudah tetapi mendalam: tidak semua perkara perlu diucapkan. Jika tidak pasti benar, jika tidak membawa manfaat, maka diam itu lebih selamat.

Lebih menakutkan, Nabi صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم biingatkan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ، مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا، يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

“Sesungguhnya seseorang mengucapkan satu kalimah yang tidak difikirkannya, lalu dia tergelincir ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.” (Bukhari dan Muslim) Ini menunjukkan bahawa satu perkataan sahaja boleh memberi kesan besar kepada kehidupan akhirat seseorang.

Selain itu, Rasulullah صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم menjelaskan bahawa ramai manusia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh lidah mereka. Dalam satu hadis, Baginda bersabda:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ، وَهَلْ يَكُبُّ Nَاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ (أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ) إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِﻨَتِهِمْ؟

Daripada Mu‘az bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: “Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah kita benar-benar akan dihisab (dipertanggungjawabkan) atas apa yang kita ucapkan? Baginda bersabda: Ibumu kehilanganmu wahai Mu‘az! (ungkapan bahasa Arab untuk menunjukkan kehairanan/penegasan) Bukankah manusia itu dihumbankan ke dalam neraka di atas wajah-wajah mereka (atau atas hidung-hidung mereka), tidak lain melainkan kerana hasil tuaian lidah-lidah mereka?” (al-Tirmizi)

Bukan itu sahaja, lidah juga boleh menyebabkan seseorang menjadi muflis di akhirat. Nabi صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم bersabda bahawa orang muflis ialah mereka yang datang dengan amal ibadah seperti solat, puasa dan zakat, tetapi mereka mencela, memfitnah dan menzalimi orang lain. Akhirnya pahala mereka diberikan kepada orang yang dizalimi sehingga mereka sendiri menjadi kosong.

Dalam konteks kehidupan hari ini, bahaya lidah semakin besar dengan adanya teknologi. Satu tulisan di media sosial boleh tersebar kepada jutaan manusia dalam masa yang singkat. Tanpa disedari, kita mungkin menjadi penyumbang kepada fitnah, salah faham dan perpecahan.

Oleh itu, setiap Muslim perlu mengambil beberapa langkah penting dalam menjaga lidah:

  1. Pertama, berfikir sebelum bercakap. Jangan terburu-buru mengeluarkan kata-kata, lebih-lebih lagi ketika emosi.
  2. Kedua, semak sebelum berkongsi. Pastikan sesuatu berita itu benar sebelum disebarkan.
  3. Ketiga, jauhi perdebatan yang tidak berasaskan ilmu. Perbincangan tanpa fakta hanya menambah kekeliruan.
  4. Keempat, elakkan menjatuhkan maruah orang lain. Islam melarang fitnah, umpatan dan tuduhan tanpa bukti.
  5. Kelima, biasakan lidah dengan zikir dan perkara yang bermanfaat. Lidah yang sibuk dengan kebaikan akan terpelihara daripada keburukan.

Kesimpulannya, lidah adalah amanah besar daripada Allah سبحا نه وتعالي. Ia boleh menjadi sebab seseorang masuk syurga, dan juga boleh menjadi sebab seseorang dihumban ke dalam neraka. Dalam dunia yang penuh dengan suara dan kata-kata hari ini, seorang Mukmin perlu lebih berhati-hati, lebih berdisiplin dan lebih bertanggungjawab dalam setiap tutur katanya.

Semoga Allah سبحا نه وتعالي memelihara lidah kita daripada keburukan, dan menjadikannya alat untuk menyampaikan kebenaran dan kebaikan.

Wallahu a‘lam.

Kg Bahagia. Bangi

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Simposium Fikrah Siddiq Fadzil 2026 Himpun 50 Tajuk Kajian di UNISEL: Kupas Gagasan ‘Siddiq Fadzil & Negara Madani’ Demi Masa Depan Ummah

BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]

Baca Lanjut
al-mizan

Bengkel Strategik Isu Perundangan Majlis Al-Mizan WADAH: Rangka Pelan Tindakan Bersepadu Tangani Cabaran Perundangan Semasa

BANGI, 6 Oktober 2026 – Memperkukuh literasi undang-undang, memelihara keluhuran perlembagaan, serta menyediakan respons berstruktur terhadap isu-isu keadilan sosial menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Strategik Isu Perundangan di Malaysia anjuran Majlis Al-Mizan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program intensif setengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif […]

Baca Lanjut
presiden wadah uniw

Presiden WADAH Gesa NGO Dunia Islam Melangkaui Deklarasi, Umum Penubuhan Pusat Inisiatif Strategik

PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]

Baca Lanjut
wadah uniw

WADAH Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan NGO Dunia Islam (UNIW) di Putrajaya

PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2354
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
854920
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini