3 PANEL BENTANG ASPEK PEMBERDAYAAN MELAYU, MASYARAKAT DAN BAHASA DI SEMINAR PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL, USAS
May 9th, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
9 Mei 2024, KUALA KANGSAR – Seminar diteruskan pada sesi petang dengan pembentangan kertas kerja daripada 3 orang pembentang iaitu Dr. Norazlan Hadi bin Yaacob; Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertajuk “Siddiq Fadzil (1947-2021): Usaha Pemberdayaan Melayu Islam”, Tuan Haji Mohd Khairul Anwar bin Ismail; Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) WADAH dengan tajuk “Fiqh al-Tamkin Wa al-Taharrur: Memahami Pemikiran Siddiq Fadzil Dalam Aspek Membangun dan Memberdaya Masyarakat” dan Sdr. Azmi bin Ahmad; Pensyarah USAS bertajuk “Sepilihan Karya Siddiq Fadzil: Menelusuri Pesona Bahasa Menerusi Pena Pujangga”.
Sesi pembentangan telah diterajui oleh Sdr. Mohd Farouq Nuqman bin Zamri; Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (USAS) selaku moderator.
Majlis diakhiri dengan ucapan Perasmian Penutup oleh Yg Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]