Aktiviti

PENYERAHAN PEK CERIA RAYA SIRI 3 KEPADA 60 KELUARGA OKU

01 April 2024, PETALING JAYA – WADAH telah menyantuni 60 orang Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pengagihan Pek Ceria Raya (PCR) Salam Ramadan 1445H di PPR Lembah Subang 2 Petaling Jaya, Selangor.

Serahan telah dilakukan oleh Tuan Haji Ahmad bin Sulaiman, Exco WADAH merangkap Pengerusi Pusat Infaq Wadah serta turut dihadiri oleh Tuan Silatul Rahim bin Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia.

Tuan Haji Ahmad dalam ucapan aluan beliau, berkongsi berkenaan kelebihan Ramadan seperti bulan yang kaya dengan sifat sedekah dan sempat berkongsi komitmen WADAH dalam menyantuni segenap golongan masyarakat.

Beliau turut mengingatkan semua untuk sentiasa mensyukuri apa-apa kurniaan yang ada dan sentiasa menyambung silaturrahim sesama Umat Islam.
Moga bantuan yang diberi membawa sinar gembira kepada seluruh para penerima dan keluarga.

* * * * * *
Kempen SALAM RAMADAN 1445H
* Program Mukhayyam Ramadan
* Bengkel Ceria Ramadan
* Bubur Salam Ramadan
* Pek Ceria Raya (Berkeperluan, Orang asli, Golongan Kurang Upaya, Muallaf)
* Bicara Nur Ramadan
* Tafsir Tanwiri Khas Ramadan

Ayuh berinfaq bersama!

Salurkan sumbangan anda ke:
Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
Maybank 562834623920
Rujukan: PCR
@ Scan QR Code pada poster untuk pembayaran atas talian.

Terima kasih kepada semua penyumbang budiman!

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan