Aktiviti

KUNJUNG HORMAT WADAH BERTEMU PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

1 April 2024, PUTRAJAYA – Pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di pejabat beliau, diketuai oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman selaku Presiden.

Mauduk pertemuan kali ini berkisar kepada cabaran gerakan dakwah, pemikiran Islam dan peranan badan bukan kerajaan dalam isu umat Islam peringkat antarabangsa.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan menyatakan harapan beliau agar WADAH sebagai salah satu pertubuhan Islam di Malaysia akan terus memainkan peranan yang sentral memacu usaha mencerdaskan umat dan memupuk perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk.


Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan