Waspada Ancaman Media Sosial: Lahirnya Generasi Islam Taasub dan Ekstrem Oleh Ruwaida Md Zain
Keindahan agama Islam terletak pada kesederhanaannya. Umat Islam sentiasa diingatkan supaya tidak terjerumus ke dalam ekstremisme, terutama dalam perkara berkaitan agama, yang akhirnya boleh mendatangkan mudarat.
Namun, hari ini masih terdapat segelintir golongan yang terlalu taasub dan ekstremis, sehingga sanggup menggunakan media sosial sebagai medium demi meraih sokongan umum terutama golongan muda, belia, dan mahasiswa.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan jangan kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.” (Surah Al-Baqarah, ayat 190) Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL), Hasri Harun, generasi muda atau golongan belia adalah aset penting kepada agama, bangsa, dan negara.
“Seluruh masyarakat perlu memastikan generasi muda ini diberikan didikan yang sebaiknya, supaya kehidupan mereka terisi dengan ilmu yang benar dan suatu masa nanti dapat menjadi pemimpin terbaik pada masa akan datang.”
”Ekstrem ini bukan hanya berlaku dalam agama, sebaliknya ekstrem dalam berfikir. Seandainya mereka tidak diberikan ilmu yang benar, dengan suasana pembelajaran yang sesuai, ia boleh menyebabkan masyarakat menjadi bermasalah.
“Generasi muda inilah yang akan menggerakkan dakwah agama pada masa akan datang,” katanya.
Jelas beliau, dalam konteks melahirkan masyarakat yang wassatiyah, generasi muda perlu dididik menghormati orang lain, bukan hanya sesama Islam, tetapi juga kepada bukan Islam, dengan penuh rasa kasih sayang dan ukhwah insaniah.
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah AL MUMTAHANAH, AYAT 8)
“Kalau kita hendak mendidik generasi muda hari ini, kita perlu kembali kepada elemen wassatiyah. Ini satu ubat menjadikan masyarakat lebih tenang dan mudah menerima pandangan berbeza seterusnya tidak melampaui batas, taasub atau ekstrem,” katanya.
”Paling utama adalah bertolak ansur yang mana ada perkara boleh toleransi, ada perkara tidak boleh. Kita tidak boleh mencairkan jati diri, manakala sifat tawaduk atau rendah diri bermakna kita ada perasaan hormat kepada orang lain,” katanya.
Mengulas mengenai kepekaan generasi muda terhadap maklumat di media sosial berkaitan dengan fahaman ekstremis dalam beragama pula katanya, individu ilmu cetek sangat mudah terpengaruh kepada perkara sebegini.
Pada hari ini katanya, masyarakat terutama generasi muda sering membaca berita atau maklumat dalam talian tanpa membaca dengan betul, tidak menyeluruh, tidak mengetahui latar belakang sesuatu perkara sehingga taasub kepada sesuatu perkara.
“Kenapa elemen taasub dan ekstremisme ini berlaku. Ia sebab perkembangan teknologi itu juga membawa kepada elemen dikatakan melampau.”
Dahulu, kita belajar dengan guru sahaja tetapi sekarang ini, sebahagian daripada generasi muda belajar atau mendapat ilmu tanpa guru. Mereka berguru dengan teknologi dan sistem, mereka hanya mengambil input daripada Internet.
“Mengambil input daripada Internet tidak salah, tetapi jika input disediakan teknologi tidak masak, jadi akhirnya banyak perkara tidak difahami dengan betul,” katanya
Oleh itu katanya, kewujudan elemen taasub, melampaui batas ini semakin hari semakin berkembang kerana asas ilmu itu tidak betul-betul kuat menyebabkan mereka tidak memahami konteks ilmu sebenar.
Jika belajar dengan guru sebenar, guru akan menjelaskan ilmu berkenaan, apa rasionalnya, apa relevannya, apa sebabnya. Sejauh mana hebat pun teknologi pasti ada keburukannya.
Jika terlampau bergantung kepada teknologi dan media sosial terutamanya, kita akan tersungkur kerana ilmu di media sosial tidak masak.
“Generasi muda perlu cari guru untuk mendapat ilmu yang betul, bukan hanya bergantung kepada media sosial, kerana teknologi adalah alat untuk membantu, tetapi kita tetap perlukan guru sampai bila-bila,” katanya. Beliau menekan bahawa penggunaan teknologi, Internet , media sosial dan segala berkaitan tidak salah, malah agamawan, penceramah agama, ulama juga turut menggunakan teknologi untuk menyebarkan tazkirah, ceramah mereka.
Namun ramai mengambil atau merakan bahan ceramah itu secara tidak menyeluruh, ini dibimbangi timbul salah faham sebab yang melihat dan mendengar hanya mendapat sebahagian sahaja, bukan ilmu sepenuhnya disampaikan.
“Segelintir generasi muda suka menonton video ringkas di media sosial. Ini lebih merosakkan pemikiran mereka kerana tiada hujung pangkalnya penerangan yang diberikan,” katanya
MEDIA SOSIAL PLATFORM PENYEBARAN UNSUR KEGANASAN.
Dalam pada itu katanya, Media sosial bukan sekadar menjadi satu tempat berkongsi maklumat, tetapi ada satu kajian yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini, media sosial juga menjadi platform penyebaran unsur keganasan.
Katanya, kumpulan terbabit menggunakan media sosial untuk merekrut golongan muda bergiat aktif dalam gerakan ekstrem, pelampau dan ganas sehingga ramai terpengaruh menyertainya.
“Keadaan ini berlaku kerana mereka melihat media sosial sebagai sumber ilmu, padahal media masa alat sahaja. Ilmu ini daripada guru, universiti, buku, bahan ilmiah yang betul. Mereka hanya peroleh info on surface sahaja.” “Generasi muda ini apabila mereka menyertai mana-mana kelompok, mereka akan merasakan hanya mereka sahaja betul dan tidak mahu menerima pandangan luar kelompok dia,” katanya.
Dalam bermasyarakat pula katanya, sebagai umat Islam kita tidak boleh terlampau taasub, melampau batas membenci orang bukan Islam kerana semua manusia tidak tahu pengakhiran hidup masing-masing.
“Sekalipun kita merakan diri kita baik, jangan kita merendah-rendahkan orang lain. Mungkin orang kita rendahkan boleh jadi lebih baik dari kita, Cuma mereka dalam kelompok berbeza berbanding kita.”
“Kita kena meraikan perbezaan, Allah menjadikan kita berbeza-beza cita rasa, kecenderungan tidak sama dan akhirnya kita memilih keran itu pilihan kita tetapi pada masa sama kita menghormati pilihan orang lain,” katanya.
Katanya, Umat Islam perlu menghayati firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud: “Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan, Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu (bukan lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya”.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]