WADAH MENDOAKAN KESEMBUHAN DAN KEKUATAN BUAT YAB PERDANA MENTERI

Kongsikan artikel ini :

KENYATAAN MEDIA

11 Ogos 2026

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas berita bahawa YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat masalah hernia perut (para-umbilical hernia).

WADAH mendoakan agar YAB Perdana Menteri dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pemulihan serta diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus melaksanakan amanah kepimpinan negara.

Sebagai seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab besar dalam mengurus hal ehwal negara, YAB Perdana Menteri memerlukan ruang dan masa yang secukupnya untuk menjalani proses pemulihan dengan baik. WADAH berharap beliau terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesejahteraan agar dapat kembali menjalankan tugas dengan keadaan kesihatan yang optimum.

WADAH turut merakamkan penghargaan kepada pasukan pakar perubatan yang telah mengendalikan prosedur tersebut serta memberikan rawatan dan pemantauan terbaik sepanjang proses pemulihan. Dedikasi dan kepakaran warga perubatan negara merupakan satu khidmat yang amat bernilai dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Dalam kesempatan ini, WADAH menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YAB Perdana Menteri. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, perlindungan dan kekuatan kepada beliau dalam meneruskan amanah kepimpinan demi kemajuan dan kesejahteraan negara.

Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

perdana menteri
Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3642
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930320
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini