SIASATAN MENYELURUH DAN TELUS PERLU BAGI MENJAMIN INTEGRITI INDUSTRI PENERBANGAN NEGARA

Kongsikan artikel ini :
siasatan

KENYATAAN MEDIA

5 OGOS 2026
BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengambil perhatian serius terhadap perkembangan terkini berhubung penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines oleh pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan berkaitan penyeludupan bahan terlarang.

WADAH mengambil maklum bahawa pihak berkuasa Indonesia telah mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan pergerakan individu tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, manakala pihak berkuasa Malaysia melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengambil langkah menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat berkaitan daripada pihak Indonesia serta meneliti aspek keselamatan di Malaysia.

WADAH berpandangan bahawa kes yang melibatkan seorang profesional dalam industri penerbangan perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja melibatkan individu terbabit, tetapi turut menyentuh aspek keselamatan penumpang, keyakinan masyarakat serta reputasi industri penerbangan negara.

Dalam masa yang sama, WADAH menyeru semua pihak agar menghormati prinsip keadilan dan proses undang-undang. Sebarang kesimpulan terhadap seseorang individu tidak boleh dibuat berdasarkan persepsi atau laporan awal semata-mata, sebaliknya hendaklah berdasarkan bukti yang sah dan keputusan pihak berkuasa yang berautoriti.

Namun, sekiranya hasil siasatan mendapati wujud unsur pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan amanah, kecuaian prosedur atau penglibatan mana-mana pihak lain, tindakan tegas mestilah diambil tanpa mengira kedudukan, profesion atau latar belakang individu yang terlibat.

WADAH turut menyokong usaha pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia untuk bekerjasama dalam memastikan siasatan dilakukan secara profesional, menyeluruh dan bebas daripada sebarang campur tangan. Keselamatan sistem penerbangan tidak boleh dikompromi, manakala sebarang kelemahan dalam rantaian kawalan keselamatan perlu dikenal pasti dan diperbaiki.
 
WADAH juga menggesa semua pihak berkaitan termasuk pengendali industri penerbangan, pihak keselamatan lapangan terbang dan agensi penguat kuasa agar terus memperkukuh mekanisme pencegahan, pemantauan serta integriti dalam kalangan warga kerja yang memegang tanggungjawab besar terhadap keselamatan awam.

Pada masa yang sama, masyarakat diseru agar tidak menyebarkan spekulasi atau membuat penghakiman awal yang boleh menjejaskan proses siasatan serta maruah mana-mana pihak. Ketelusan dan akauntabiliti hanya dapat dicapai apabila kebenaran ditegakkan melalui bukti dan proses yang adil.

WADAH percaya bahawa tindakan tegas berasaskan undang-undang, ditambah dengan penambahbaikan sistem secara berterusan, adalah penting bagi memastikan industri penerbangan Malaysia terus diyakini di peringkat nasional dan antarabangsa.

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

www.wadah.org.my

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3799
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930477
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini